web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Rundingan Terus Dalam Pelaksanaan Pelan Pengurusan Banjir Sehingga 2100 - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 8:34AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak akan ada rundingan secara terus kepada mana-mana pihak dalam pelaksanaan pelan pengurusan bencana banjir jangka panjang sehingga tahun 2100.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pelaksanaan pelan yang membabitkan unjuran perbelanjaan hampir RM297 bilion itu mesti diberi kepada syarikat yang layak serta mampu melaksanakannya.

“Ini adalah satu jumlah yang besar dan jangan harus ada rundingan terus, bukannya untuk individu atau ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan untuk sesuatu syarikat itu,” katanya ketika menjadi tetamu Naratif Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri terbitan RTM, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata beliau tidak menyentuh mana-mana pihak dalam perkara berkenaan namun menegaskan permasalahan rakyat yang sering menghadapi banjir serta bencana lain di negara ini perlu diselesaikan.

“(Begitu juga) isu tanah runtuh, berlaku hakisan di pantai, hakisan di tebing bukit dan gunung, berlaku juga masalah penggondolan di kawasan-kawasan tadahan hujan, penarahan kawasan yang tidak sepatutnya ditarah untuk pembangunan, ini harus diselesaikan.

“...termasuk (isu) pemanasan global apabila ozon semakin nipis dan kepanasan itu berlebihan dan perkara ini harus diatasi, itulah soal iklim dan alam sekitar juga harus diambil kira dalam hal bencana negara ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pelan jangka panjang yang telah dirancang agensi dan jabatan tertentu itu turut merangkumi pelan mitigasi banjir sama ada di kawasan Pantai Timur atau lokasi bandar yang tidak sepatutnya berlaku banjir.

“Itulah dipanggil pengurusan banjir … ertinya langkah-langkah segera perlu dilakukan termasuklah Smart City di mana berlaku banjir kilat (misalnya) di Kuala Lumpur suatu ketika, ada Terowong SMART dan harus ada banyak lagi Terorwong SMART di bandar-bandar lain.

“Pada waktu sama, di kawasan-kawasan Shah Alam baru-baru ini berlaku banjir, bukan banjir kilat, bagi saya ia (kerana) pengurusan saliran di kawasan bumi yang indah itu. Jadi, ia mesti tidak hanya mengorek sungai yang ada tetapi mesti ada satu pelan tentang bagaimana air berlebihan disebabkan hujan harus diletakkan di Terowong SMART dan dilepaskan pada musim kering,” katanya.

Pada 15 Disember lepas, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus melaksanakan projek tebatan banjir bagi menangani masalah bah di negara ini sehingga tahun 2100 dengan perancangan yang akan dilakukan secara berfasa di kawasan yang sering mengalami banjir serta limpahan hujan.

Mengenai kos sara hidup, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Kos Sara Hidup berkata kerajaan menggariskan tiga keutamaan dalam menjamin kehidupan rakyat iaitu makanan yang harus dihidangkan untuk seisi keluarga, kebolehmampuan dan kuasa beli seseorang dan isu berkaitan perumahan.

“Apa kerajaan lihat bukan hanya soal tarif elektrik sebagai satu elemen penting dan bukan sahaja soal harga telur, ayam, ikan dan sayur tetapi kita mesti lihat subsidi bukan hanya satu jalan penyelesaian tetapi kita mesti juga melihat subsidi secara bersasar.

“Perlu juga lihat bagaimana kos pengeluaran harus dikurangkan, bagaimana tarif elektrik harus dibuat secara bersasar, bagaimana perimbangan harus ada supaya tiada atap genting atap rumbia, maknanya berlaku satu jurang pendapatan terlalu besar sehingga melibatkan kesejahteraan tidak dapat diwujudkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad