web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPI Baharu Untuk KDN, KSM Laksana Sistem Pembantu Rumah Digital - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2023 7:01PM

Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya bahawa proses pendigitalan untuk pembantu rumah mampu mengurangkan kos kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA – Datuk Seri Anwar Ibrahim, menetapkan penunjuk prestasi utama (KPI) baharu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk melaksanakan sistem pembantu rumah digital, bagi mengurangkan kerenah ejen serta birokrasi terhadap proses itu.

Bercakap kepada media sebelum mengakhiri lawatan rasminya ke Jakarta, Perdana Menteri mengulangi kenyataannya bahawa proses pendigitalan untuk pembantu rumah mampu mengurangkan kos kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja.

“Ya (mereka akan mempunyai KPI baharu) tetapi sekarang, ia (KPI), terutamanya (untuk) Kementerian Dalam Negeri,” kata Anwar.

Mengulas mengenai ketidakpuasan hati kebanyakan rakyat Malaysia berhubung kos tinggi untuk menggaji pembantu rumah, Ahli Parlimen Tambun itu mengakuinya dan menegaskan ia disebabkan pergantungan kepada ejen.

Situasi itu membuatkan beliau yakin peranan ejen mesti dikurangkan.

“Kita perlu menghapuskan sebahagiannya. Mengapa kita mesti melalui proses itu? Mengapa kita mesti mengadakan temu duga fizikal sedangkan anda boleh, sebahagian besarnya, menghapuskannya kerana kos terlalu tinggi.

“Kita semua ada pembantu rumah. Kita tahu prosesnya. Ia menyebabkan kelewatan dan begitu banyak kesusahan bagi orang kurang berkemampuan. Munasabah netizen di sini gelisah dengan alasan itu, orang mereka diperlakukan sedemikian

“Dan kadarnya tidak konsisten, ada yang mengenakan bayaran RM10,000, manakala terdapat kes membabitkan kos sehingga RM15,000 atau RM25,000. Ini perlu dihentikan,” tambahnya. – Getaran, 9 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PEDi Dikenali Sebagai Nadi, Mulai 1 Mac - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar