web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pes Masakan Inspirasi Resipi Air Tangan Tengku Ampuan Pahang Dilancarkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 5:01PM

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas berkenan menyempurnakan pelancaran pes asam pedas dan rendang betawi di Pusat Vokasional Industri Bentong, Kompleks Penjara Bentong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan melancarkan pes asam pedas dan rendang betawi yang dihasilkan penghuni penjara inspirasi daripada buku resipi ‘Air Tangan Tengku Ampuan Pahang’.

Tunku Azizah ketika bertitah menzahirkan penghargaan kepada penghuni penjara yang mencuba resipi daripada buku masakan baginda dan bersedia untuk berkongsi pelbagai resipi lain di masa akan datang. 

“Terima kasih kerana mencuba resipi daripada buku masakan saya dan menjual produk itu. Saya terima mereka (penghuni penjara) sebagai kawan untuk mengajar, sebelum ini saya dah kongsi enam resipi biskut dan semalam enam lagi selain kek coklat ‘marble’.

“Ada banyak lagi yang boleh dipelajari ketika berada di dalam penjara antaranya belajar menenun,” titah baginda yang merupakan Penaung Diraja Seni dan Kraf Jabatan Penjara.

Baginda bertitah demikian selepas melancarkan pes asam pedas dan rendang betawi di Pusat Vokasional Industri Bentong, Kompleks Penjara Bentong di sini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Penyedian pes asam pedas dan rendang betawi melibatkan lima staf serta lebih 30 penghuni yang sedang mengikuti Program Pembangunan Insan (PPI) Fasa Tiga dan dipilih berdasarkan kebolehan serta  kreativiti masing-masing.

Selain itu, pes makanan ini juga mematuhi standard piawaian daripada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Pes berkenaan setakat ini boleh didapati di Galeri Jualan My Pride dan Koperasi Jabatan Penjara Malaysia pada harga RM7 bagi pek 150 gram.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan meluangkan masa melawat bengkel tenun Penjara Bentong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar