web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Video Pegawainya Kutuk Kerajaan, JAKIM Jalankan Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 11:28AM

JAKIM menerusi kenyataan memaklumkan, pegawai tersebut sudah dipanggil untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah memulakan siasatan berhubung video ceramah membabitkan kakitangannya yang didakwa mencetuskan reaksi kurang senang warga maya.

JAKIM menerusi kenyataan memaklumkan, pegawai tersebut sudah dipanggil untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib. 

“Pihak pengurusan tertinggi JAKIM sedar akan (kewujudan) video tular ceramah disampaikan seorang pegawai JAKIM yang mengundang kemarahan netizen.

“JAKIM tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” katanya menerusi Facebook. 

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang pegawai JAKIM yang juga penceramah, memberikan ceramah mengandungi kutukan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ceramah itu dipercayai dirakam di sebuah masjid di Selangor pada 2 Januari lalu.

Antara perkara disentuh dalam ceramah itu adalah berkaitan lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’ yang dijadikan modal politik parti tertentu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Tindakan tersebut mengundang ketidakpuasan hati netizen yang membantah tindakan menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan mengutuk kerajaan. - Getaran, 6 Januari 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad