web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bicara Kes SM Faisal: Anak Lelaki Sambung Beri Keterangan 13 Januari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 9:15PM

SM Faisal SM Nasimuddin Kamal - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak lelaki kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Januari ini dalam perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isteri.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zahida Zakaria berkata hari ini pihak peguam telah menyoal balas saksi pendakwaan pertama itu yang mula memberi keterangan pada 14 Disember tahun lepas.

“Sebelum ini, remaja itu tidak dapat menyambung keterangannya kerana menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Pihak peguam akan menyambung soal balas saksi itu pada tarikh tersebut (13 Jan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding perbicaraan kes di hadapan Majistret Nadia Othman.

Perbicaraan hari ini yang dijalankan secara tertutup bermula 11.15 pagi dan ditangguhkan pada 4 petang itu, turut dihadiri TPR Nur Aishah Ahmad Zakiuddin.

Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal semasa ditemui media mengesahkan perkara itu.

SM Faisal, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang ketika kejadian merupakan isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik