web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Isteri Ditahan Dipercayai Abai Rawatan Anak Melecur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 7:15AM

Kanak-kanak itu dipercayai tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum rakan kepada ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu membuat laporan polis - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan suami isteri bagi membantu siasatan melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur akibat bermain api di timbunan sampah di Kampung Parit Kuchi, Pontian, 30 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata pasangan berusia 36 dan 33 tahun itu ditahan pada 2 pagi tadi semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian serta akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata terdapat kesan terbakar dan melecur di bahagian sendi, beberapa anggota badan di bahagian kanan badan hingga kaki, lengan kiri, kedua-dua bahagian paha dan bahagian telinga kanan mangsa berusia sembilan tahun itu akibat kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya mempercayai kanak-kanak itu tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum rakan kepada ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu membuat laporan polis semalam.

"Laporan polis dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapa mangsa yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan.

“Walaupun sudah lima hari berlalu sehingga laporan polis dibuat, (tiada rawatan dibuat menyebabkan) luka mangsa semakin teruk dan sudah mula berbau. Laporan juga dibuat untuk tindakan lanjut pihak polis kerana pengadu mengesyaki terdapat pengabaian terhadap kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan. 

Mohammad Shofee berkata siasatan awal oleh pegawai penyiasat terhadap ibu mangsa mendapati  ketika kejadian, mangsa sedang bermain api bersama adiknya dan dilihat membaling bekas telur ke dalam api. 

“Kemudian, ibu mangsa yang berada dalam rumah ketika itu terdengar bunyi letupan di luar dan nampak kelibat mangsa berlari dengan baju dan seluar terbakar menuju dan terjun ke dalam parit di hadapan rumah. 

“Bapa mangsa juga telah membantu memadamkan api pada baju mangsa sebelum membawanya masuk ke dalam rumah,” katanya. 

Beliau berkata ibu bapa mangsa hanya membeli ubat tahan sakit serta ubat sapu di farmasi dan tidak membawa mangsa ke mana-mana hospital untuk rawatan.

Katanya kanak-kanak itu kini stabil di Hospital Pontian dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad