web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Dilantik Mempengerusikan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 4:14PM

Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincang dan menyelesaikan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Anwar berkata, majlis tindakan tersebut dijangka mengadakan perjumpaan selewat-lewatnya akhir bulan ini di Kuching, Sarawak yang akan turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada masa sama, beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaan MA63 dilaksanakan dengan lebih berkesan, Jawatankuasa Kerja MA63 akan diteruskan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Ia adalah supaya perkara-perkara tertangguh dapat dilaksanakan dengan baik termasuk apa yang disebut (sebagai) peruntukan kepada Sabah dan Sarawak menurut Perkara 112D (Perlembagaan Persekutuan).

“Dalam perjanjian itu ia menetapkan satu peruntukan yang munasabah kepada Sabah dan Sarawak, peruntukan itu pada mulanya diberikan sekitar RM16 juta kepada Sabah dan RM25 juta kepada Sarawak dan harus dikaji semula setiap lima tahun.

“(Tetapi) hal itu tidak berlaku, oleh demikian kita harus memastikan ada peningkatan jumlah yang munasabah (namun) peruntukan yang berbeza dengan Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinannya mahu menghidupkan semula pelaksanaan perjanjian tersebut yang akan cuba dimuktamadkan sesegera mungkin, menerusi pertemuan dengan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah kelak.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meluluskan peruntukan tambahan kepada Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

“Projek Pan Borneo (menunjukkan) kemajuan lebih baik di Sarawak tetapi banyak tertangguh di Sabah jadi kita setuju menyegerakan dan meluluskan peruntukan tambahan.

“Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kerja Raya akan memberikan butirannya secara terperinci (kelak),” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

MA63: Kejayaan Tunai 11 Tuntutan Beri Sinar Untuk Rakyat Borneo

2

Semasa 1 tahun yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar