web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MA63: Pelaksanaan Projek RM50 Juta Ke Bawah Diserahkan Kepada Sabah, Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 3:04PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet menetapkan mana-mana projek kurang daripada RM50 juta diserahkan hampir sepenuhnya untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dengan mematuhi peraturan kewangan ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut turut mendapat persetujuan Kementerian Kewangan.

Menurut beliau, langkah berkenaan diambil bagi menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk keputusan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek di Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, walaupun di Sabah dan Sarawak mempunyai Jabatan Kerja Raya, kata putus berhubung sesuatu projek terlalu banyak dibuat di Putrajaya.

“Walaupun peruntukan besar diberikan tetapi ia tidak dapat dipenuhi kerana kerenah pentadbiran yang biasa kerana terpaksa merujuk kepada Persekutuan.

“Jadi kita telah putuskan dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk menetapkan mana-mana projek di bawah RM50 juta diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak pelaksanaannya dengan mematuhi peraturan kewangan.

“Tetapi keputusan itu boleh dibuat di Kuching atau Kota Kinabalu tanpa dilengahkan kerana tunduk kepada peraturan lama. Jadi itu kita buat keputusan segera,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, keputusan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan perpaduan untuk melaksanakan beberapa isu berbangkit dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang tertangguh sejak sekian lama.

Menurutnya, pada penghujung tahun lalu, beliau menzahirkan hasrat kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan perbincangan dan menyelesaikan penyelesaian isu MA63 dengan menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada timbalannya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Kita kena ingat akan MA63, jadi kena ada satu tekad politik untuk (mewujudkan) satu semangat Malaysia dengan konsep Persekutuan.

“Saya gembira kerana isu MA63 dapat disegerakan perbincangan dan pelaksanaannya oleh semua pihak, bagi membolehkan kerajaan Persekutuan menjalinkan hubungan lebih akrab dengan Sabah dan Sarawak di masa depan,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad