web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasas Premium Big Blue Taxi Dituduh Tipu Jual Kereta Mewah, Guna Datuk Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 1:36PM

Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Shamsubahrin Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menipu menjual kenderaan mewah serta menggunakan gelaran Datuk palsu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Shamsubahrin Ismail hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menipu menjual kenderaan mewah serta menggunakan gelaran Datuk palsu.

Tertuduh yang berusia 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Shamsubahrin dituduh memperdaya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, 62, bagi mendapatkan kenderaan jenis Toyota Alphard model 2019 berharga RM180,000 dan nombor pendaftaran kenderaan khas VVP 7 sehingga mangsa menyerahkan wang tunai RM95,000 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang kepada tertuduh sekiranya tidak diperdayakan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Speaker Dewan Negeri, Dewan Undangan Negeri Melaka, Aras 2, Blok Laksamana, Seri Negeri pada 7 Dis 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Shamsubahrin didakwa menggunakan gelaran dan kehormatan sebagai Datuk untuk tujuan keuntungan peribadi tanpa kebenaran bertulis oleh Ketua Menteri di tempat dan masa yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1981 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 enakmen sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun atau maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan.

Peguam Loh Chon Mee memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh mempunyai empat lagi kes yang masih berjalan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Selangor, membabitkan jumlah jaminan mencecah RM110,000.

Mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta membenarkan syarat tambahan dimohon pendakwaan dan menetapkan 7 Feb untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad