web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPJ Perkenal Pelekat Cukai Jalan Berkualiti Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 1:38PM

Anthony berjumpa dengan pengurusan tertinggi JPJ semalam. - Gambar daripada Facebook Anthony Loke

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang untuk memperkenalkan pelekat cukai jalan berkualiti tinggi pada tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu terkandung dalam beberapa perancangan JPJ untuk tahun 2023.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker (pelekat) cukai jalan yang kurang berkualiti.

“Perkara itu memang dalam perhatian kita dan satu perubahan besar akan dilaksanakan tahun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi JPJ dan mendengar taklimat berkenaan perancangan JPJ untuk tahun 2023, semalam.

Pada masa sama Anthony berkata, jabatan itu juga memberi fokus kepada pendigitalan sistem bagi menyelesaikan isu orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lama di kaunter ketika berurusan.

“Agenda utama kita adalah mempermudahkan urusan rakyat. Saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat JPJ yang menyusahkan mereka,” katanya.

Ujarnya lagi, sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan pengumuman akan dibuat apabila persediaan sepenuhnya dilakukan.

Terdahulu, isu pelekat cukai jalan hangat diperkatakan di media sosial kerana didakwa kurang berkualiti.

Malah ia juga menjadi kabur sebelum cukai jalan itu tamat selain sisa gam akan melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Selain itu, isu beratur panjang dan menunggu lama di kaunter JPJ juga terus menjadi rungutan pengguna sehingga hari ini. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad