web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Premis Sederet Wisma Jakel Shah Alam Pula Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 7:05AM

Ssebuah lagi premis sederet gedung tekstil Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor dilaporkan terbakar pada kira-kira 1 pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa jam selepas insiden kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor awal pagi kelmarin, sebuah lagi premis sederet gedung tekstil berkenaan dilaporkan terbakar pada kira-kira 1 pagi tadi.

Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 20 saat dirakam orang awam sebelum dimuat naik di media sosial, termasuk Bernama itu, kelihatan api marak di tingkat atas bangunan berkenaan.

Anggota pasukan bomba bersama dua trak dilihat berada di lokasi terbabit bagi mengawal situasi.

Kejadian itu nyata mengejutkan penduduk setempat dan menjadi perbualan di media sosial.

Rata-rata warga maya, termasuk di Twitter mempersoalkan bagaimana kejadian sama boleh berlaku di premis berhampiran dalam jarak waktu kurang dua hari.

“Masalah litar elektrik ke apa ni?” soal @BEardtan.

“Ini adalah kali kedua bangunan dekat sini terbakar, sesuatu yang mencurigakan,” @kata Wannaaa1211.

Kelmarin, bangunan tiga tingkat Jakel Shah Alam terbakar 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tahun baharu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit pada jam 7.08 pagi.

Justeru, sepasukan pegawai, anggota dan aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati, syarikat itu dianggarkan mengalami kerugian hampir RM100 juta, namun jumlah berkenaan hanya membabitkan nilai bangunan, manakala kos sebenar masih belum dapat dianggarkan.

Manakala, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran Wisma Jakel itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. – Getaran, 3 Januari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad