web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NGO Sambut Baik Penubuhan Jabatan Khas Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 1:15PM

The Child Advocates and Civil Society Organisations juga memaklumkan 54 penandatangan pertubuhan itu menyokong penggunaan pendekatan yang saksama dan berasaskan hak serta pembentukan kementerian yang berfokuskan kanak-kanak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan, The Child Advocates and Civil Society Organisations menyambut baik keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bagi menubuhkan jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak.

Pertubuhan itu dalam kenyataan hari ini menyatakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan dalam inisiatif untuk memajukan kebaikan kanak-kanak di negara ini.

“Semoga harapan kerajaan baharu ini berkembang pada tahun ini dan semua kanak-kanak mengalami perubahan bermakna dan berkekalan yang meningkatkan pencapaian mereka. Seperti yang terkandung dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC), dalam semua tindakan mengenai kanak-kanak, kepentingan terbaik kanak-kanak hendaklah menjadi pertimbangan utama,” menurut kenyataan itu.

Pertubuhan itu juga berkata adalah penting penyertaan kanak-kanak dalam organisasi, serta wakil dari pelbagai komuniti termasuk mereka yang terpinggir dan kurang upaya, diinstitusikan.

“Tenaga kerja yang berdedikasi, bertanggungjawab dan kompeten, mungkin beberapa petugas yang diambil dari agensi lain dan belanjawan yang bermakna adalah kritikal kepada pelaksanaan fungsi. Entiti baharu itu perlu menyemak reservasi Malaysia kepada CRC dan menyelaraskan perundangan dan dasar negara dengan Akta Kanak-Kanak dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak,” katanya.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan 54 penandatangan pertubuhan itu menyokong penggunaan pendekatan yang saksama dan berasaskan hak serta pembentukan kementerian yang berfokuskan kanak-kanak.

Bernama sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju secara prinsip untuk menubuhkan sebuah jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi