web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Jurulatih Tampar Pemain Diteruskan Bagi Tujuan Tatatertib - KPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jan 2023 11:30AM

Jurucakap KPM memaklumkan, jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap jurulatih terbabit - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib terhadap seorang jurulatih yang menampar dua pemainnya berikutan prestasi kurang memuaskan pada kejohanan di Johor, bulan lalu.

Jurucakap KPM memaklumkan, jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap jurulatih terbabit.

“KPM memandang serius isu dilaporkan media dan satu perjumpaan dengan ibu bapa murid terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan tersebut.

“KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Susulan insiden itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil tindakan tegas apabila menggantung sementara jurulatih pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (B14) wanita yang tular kerana menampar dua pemainnya.

MAVA dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu segera.

MAVA juga memaklumkan buat masa ini jurulatih terbabit digantung daripada membabitkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan hingga siasatan selesai.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut membidas tindakan seorang jurulatih yang dirakam menampar pemainnya ketika perlawanan.

Klip video tular di media sosial itu menunjukkan jurulatih terbabit menampar dua pemain wanitanya ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.

Hannah berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan mereka sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung insiden itu.

Dalam pada itu, tindakan jurulatih terbabit turut dikecam Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang menggesa budaya tersebut perlu dihentikan daripada terus menular dalam arena sukan di negara ini.

Tegas beliau, sebagai seorang jurulatih, individu terbabit sepatutnya menerima apa sahaja keputusan dengan terbuka, malah menjadikan ia sebagai satu panduan untuk melatih dan mengenal pasti kelemahan pasukan.

Katanya, jika seseorang jurulatih gagal mengawal emosi dan bersikap profesional terhadap anak didiknya, dia tidak layak untuk menjadi jurulatih. - Getaran, 2 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad