web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran Wisma Jakel: Unit K9 Akan Digerakkan Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 7:02PM

Punca kebakaran di Wisma Jakel masih belum diketahui dan dua ekor anjing pengesan khas  bagi mengenal pasti punca kebakaran akan digerakkan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) esok bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini.

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan dua ekor anjing pengesan khas  bagi mengenal pasti punca kebakaran akan digerakkan.

"Kita akan panggil pasukan K9 untuk mengesan jika adanya perbuatan khianat, accelerant (bahan yang mempercepat perebakan api) dan sebagainya bagi memastikan punca kebakaran.

"Apabila api padam sepenuhnya, barulah unit K9 bertindak untuk melakukan siasatan bagi mengenal pasti jika ada perbuatan khianat terhadap Wisma Jakel," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi kejadian hari ini.

Norazam Khamis
Norazam Khamis

Beliau berkata laporan penuh insiden itu dijangka diketahui dalam tempoh sebulan. 

Norazam juga berkata Wisma Jakel setinggi lima tingkat itu didapati terbakar sepenuhnya dalam insiden yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 7 pagi.

Beliau berkata bomba sudah berjaya mengawal kebakaran pada peringkat awal namun api kemudian didapati merebak ke tempat simpanan dan stor barangan jualan.

“Keseluruhannya kita telah berjaya mengawal api pada 3 petang. Setakat ini, kita masih memadam kebakaran di bahagian stor yang tinggal lagi 10 peratus. Dijangka satu atau dua jam lagi kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” kata beliau.

Norazam berkata sejumlah 89 anggota serta pegawai dari enam balai bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu dan pihaknya menggunakan empat unit jentera Aerial Ladder Platform (ALP) termasuk dari Kuala Lumpur dan Melaka serta 5 tangki air berkapasiti 20,000 liter.

Mengulas keadaan seorang anggota bomba bantuan yang cedera ketika proses memadam kebakaran itu, beliau berkata mangsa hanya mengalami kecederaan ringan selepas serpihan batu panas termasuk ke dalam bajunya dan dia telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.  

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi tadi dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad