Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tugas Guru Melampau, Tambah Baik Silibus Pembelajaran Harus Jadi Fokus Utama KPM 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 6:44PM

Anuar berkata tindakan mengemaskini beban tugas guru mestilah dilakukan segera supaya semua guru dapat kembali kepada teras perkhidmatan mereka sebagai pengajar di sekolah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu melaksanakan tindakan segera dalam menangani isu bebanan tugas guru yang berlebihan tanpa melibatkan peruntukan besar. 

Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, permasalahan itu harus segera ditangani kerana dikhuatiri mampu menganggu fokus pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Menurut beliau, sekiranya masih dipandang sepi, yang menjadi mangsa adalah murid-murid kerana mampu menjejaskan kualiti pembelajaran. 

"Tindakan mengemaskini beban tugas guru mestilah dilakukan segera supaya semua guru dapat kembali kepada teras perkhidmatan mereka sebagai pengajar di sekolah. 

"Semak dan jika perlu mansuhkan program 'aksesori' di sekolah supaya guru-guru dapat fokus kepada proses pembelajaran murid-murid," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Anuar berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga perlu mengkaji dan menambah baik kurikulum dan silibus semua mata pelajaran khususnya di peringkat sekolah rendah.

Jelasnya, sistem pendidikan negara ketika ini telah menggunakan amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan kaedah penilaian holistik dan berterusan. 

"Sedangkan silibus sekolah rendah yang dilaksanakan sejak tahun 2017 adalah kurikulum berasaskan peperiksaan. Sistem pendidikan negara memerlukan silibus dan kurikulum baru yang berasaskan pembelajaran bagi memenuhi maksud dan matlamat PBS serta PBD," katanya. 

Mengulas lanjut, Anuar yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM berpandangan, ada keperluan untuk meningkatkan autonomi, reputasi dan memberikan kepercayaan kepada guru dalam melaksanakan pendidikan negara.

"Komunikasi antara guru dan pihak kepimpinan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri  (JPN) dan KPM mestilah diperkasakan. Semua pihak berkaitan mesti lebih terbuka mendengar secara berkesan pandangan guru. Berikan ruang guru berkreativiti di dalam bilik darjah. 

"Berikan peluang untuk guru mentaksir murid mereka secara bebas, telus dan bertanggungjawab. Berikan autonomi untuk golongan ini melakukan PBD mengikut keadaan sebenar tanpa campur tangan mana-mana pihak," katanya. 

Anuar berkata satu -satunya cara untuk membolehkan semua pihak mengharungi cabaran getir sektor pendidikan ialah dengan bersatu dan sokong menyokong antara satu sama lain.
Anuar berkata satu -satunya cara untuk membolehkan semua pihak mengharungi cabaran getir sektor pendidikan ialah dengan bersatu dan sokong menyokong antara satu sama lain.

Apa yang penting, Anuar berkata, KKM harus sentiasa melatih dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pentaksiran guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka secara berkesan serta berintegriti. 

Menurut beliau, keciciran pembelajaran yang ketika ini menjadi teras utama Menteri Pendidikan perlu diutamakan berikutan keadaannya yang kritikal selepas pasca COVID-19, khususnya pelajar di kawasan pedalaman serta golongan orang kelainan upaya (OKU). 

"Tidak banyak usaha yang berkesan dilakukan sejak awal tahun 2022 untuk memulihkan keciciran pembelajaran mereka. Ramai antara mereka hilang minat untuk meneruskan persekolahan dan berhenti sekolah. Ini mesti ditangani dengan segera.

"Satu-satunya cara untuk membolehkan kita berjaya mengharungi cabaran getir sektor pendidikan bagi tahun 2023 ialah dengan bersatu dan sokong menyokong antara satu sama lain, keperluan untuk saling mendengar serta saling mencadang. 

"Sikap bekerja secara silo, lebih mengutamakan egois, menganggap pihak lain adalah pembangkang, pesaing dan 'musuh' tidak akan membantu kita menjayakan usaha kita untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar turut merakamkan penghargaan kepada Fadhlina kerana tidak mengambil masa untuk membentangkan tujuh teras utama yang akan menjadi fokus beliau dalam memimpin KPM. 

"Sambutan masyarakat khususnya guru begitu memberangsangkan. Rata-rata guru bersetuju tujuh teras utama pendidikan yang disenaraikan oleh Menteri adalah antara perkara yang penting dan perlu kepada tindakan penyelesaian. 

"Tentunya tujuh teras tersebut tidak boleh diselesaikan dengan segera. Tentu Menteri Pendidikan memerlukan masa dan juga peruntukan kewangan lebih besar untuk menjayakannya. Kita perlu bersabar dan memahami situasi ini," katanya. - Getaran, 1 Januari 2023. 




















 

"

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sukan 10 jam yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun