web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ikan Lumba-Lumba Cedera Ditemukan Terdampar Di Pantai Air Papan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 5:08PM

Mamalia spesies ‘Tursip Truncates’ atau lebih dikenali ikan lumba-lumba hidung botol, yang masih hidup itu dipercayai cedera akibat terkena batu atau karang ketika dibadai ombak susulan laut bergelora. - Gambar dari Jabatan Perikanan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Seekor ikan lumba-lumba yang cedera di bahagian ekor ditemukan terdampar di pesisiran Pantai Air Papan di sini kira-kira 9.15 pagi tadi. 

Pengarah Perikanan Negeri Johor Zainudin Abd Wahab berkata mamalia spesies ‘Tursip Truncates’ atau lebih dikenali ikan lumba-lumba hidung botol, yang masih hidup itu dipercayai cedera akibat terkena batu atau karang ketika dibadai ombak susulan laut bergelora. 

Bagaimanapun, beliau berkata memandangkan kecederaan dialami haiwan dipercayai berusia lingkungan satu hingga dua tahun itu tidak serius, ia dilepaskan semula ke laut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

“Jabatan Perikanan Malaysia memohon jabatan, agensi dan masyarakat agar sentiasa melaporkan kepada jabatan itu sebarang spesies terancam termasuk penyu yang ditemukan terdampar. Usaha secara bersendirian tidak mampu untuk menyelesaikan cabaran ini.

“Jabatan Perikanan Negeri Johor sentiasa komited mengurus sumber perikanan, menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan bertekad melindungi sumber perikanan di perairan negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing Kapten Nurnajibah Abdullah dalam kenyataan berasingan berkata petugas Menara Penyelamat Pantai APM Zul Hafiq Rafiizan menemukan ikan itu di persisiran pantai ketika meletakkan bendera amaran kira-kira 800 meter dari menara.

Menurutnya Zul Hafiq kemudiannya cuba melepaskan ikan yang dianggarkan seberat 30 hingga 35 kilogram  itu, mengikut laluannya namun gagal berikutan keadaan air pasang dan ombak kuat. 

“APM menghubungi Pejabat Perikanan untuk tindakan lanjut dan mereka hadir ke lokasi kejadian sebelum melepaskan ikan itu di Teluk Buih di sini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad