web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Tebus 750 Mata E-Wallet, Suri Rumah Rugi RM21,339

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 3:31PM

Seorang suri rumah rugi lebih RM20,000 apabila menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai wakil Touch N Go. - Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gara-gara mahu menebus 750 mata terkumpul dalam akaun e-Wallet miliknya, seorang suri rumah kerugian RM21,399 apabila menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai wakil Touch N Go.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, menerusi laporan dibuat mangsa berusia 36 tahun itu, dia menerima panggilan daripada suspek pada 29 Disember lalu.

Menurutnya, suspek memberitahu mangsa bahawa akaun e-Wallet milik wanita tersebut sudah tamat tempoh dan terdapat 750 mata yang masih belum dituntut.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang menerima laporan polis Raub berkenaan mangsa mengalami kerugian setelah serahkan nombor kad ATM (mesin pengeluaran wang automatik) dan nombor TAC (pengesahan transaksi).

“Mangsa terpedaya dengan kata-kata suspek dan memberikan nombor kad ATM serta nombor TAC apabila diminta, kononnya bagi membantu manga menebus mata tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ramli berkata, mangsa juga menyerahkan tujuh nombor TAC berlainan kepada suspek sebelum menyedari dirinya sudah ditipu.

“Orang ramai dinasihatkan agar segera membuat semakan dengan pihak berkuasa atau agensi kerajaan berkaitan jika menerima panggilan yang meragukan.

“Semakan ini bagi mengelakkan mereka daripada menjadi manga penipuan. Sekiranya diminta untuk memberikan apa-apa maklumat perbankan, jangan dedahkan maklumat tersebut,” katanya. – Getaran, 31 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 8 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad