web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Semakin Beranak Pinak’, Netizen Dakwa Kerap Nampak Buaya Di Beberapa Pantai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 11:56AM

Kelibat buaya yang timbul di perairan lokasi percutian membuat netizen melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pengunjung, terutama kanak-kanak yang gemar bermain air dan mandi di pantai - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kelibat buaya yang didakwa timbul di permukaan air di beberapa kawasan perairan negara sejak kebelakangan, termasuk di lokasi percutian Port Dickson dan Pantai Klebang menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial ketika ini.

Mereka melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pengunjung, terutama kanak-kanak yang gemar bermain air dan mandi di pantai.

Awal tahun ini, media ada melaporkan isu sama namun ia kembali reda.

Namun, perkongsian terbaru seorang pengguna Twitter dikenali @jaksrmd yang jelas memaparkan video seekor buaya di permukaan air, kembali membangkitkan kerisauan awam.

Video berdurasi 31 saat itu dimuat naik pada 27 Disember lalu sebelum tular, sehingga menerima sebanyak 2.4 juta dan 11,300 ulang ciap.

“Pesan anak-anak jangan mandi di pantai, terutama pantai Klebang dan PD (Port Dickson). Buaya beranak pinak di situ,” menurut keterangan video itu.

Ia kemudian diulang ciap pengguna bernama @chairman_GLC petang semalam dan sehingga jam 10.50 pagi ini, video itu ditonton 624,700 kali.

“Saya tak percaya kita ada buaya air masin di Malaysia. Takutnya. Sampai aku rasa video ini fake (palsu). Adakah kita memang mempunyai buaya air masin di Malaysia,” soalnya dengan membuat pautan ke akaun @climateaidil.

Pemilik akaun itu kemudian menjawab bahawa Malaysia memang terkenal dengan buaya air masin.

“Ya, kita ada buaya air masin (Crocodylus porosus) di Malaysia, juga dikenali sebagai buaya tembaga, buaya katak, bujang senang, yang banyak kes dekat borneo tu, buaya ni lah. Ini merupakan spesis buaya terbesar di dunia,” kata pengguna, @armean8.

“Semua buaya hidup dalam air segar dan air masin,” respons @yessicasangria.

Malah, perkongsian itu menerima pelbagai maklum balas daripada warga maya yang turut berkongsi pengalaman sama, selain memuat naik, video dan gambar ‘kewujudan’ buaya di beberapa kawasan perairan.

“Kat Sabah pun dah membiak bang. Tempat memang tak ada buaya pun sekarang dah ada,” komen @jusb2much.

“Dah membiak banyak sangat. Bunuh nanti dianggap kejam. Di Louisiana, Amerika Syarikat pun buaya dah banyak sangat sampai kerajaan tempatan galakkan orang ramai buru buaya. Siap diberi ganjaran lagi berdasarkan berapa ekor ke berapa berat buaya tu tak pasti,” tulis seorang pengguna.

Ada segelintir netizen melahirkan ketakutan berhubung isu dikongsikan itu.

“Bayangkan jalan tepi pantai, tapi tak perasan langsung,” ujar @amernazir_.

“Bukan pernah ada kes ke dulu tahun 2010? Ada satu laki ni mandi dekat pantai Port Dickson, dia ingat pijak batu tapi rupanya buaya. Buaya tu gigit tarik kaki dia. Teruk juga kaki dia nasib baik tak putus,” kata seorang pemilik akaun.

“Saya orang PD pun tak berani nak mandi kat pantai PD sebab memang pernah nampak buaya berenang tenang tepi pantai. Kalau main air PD tu memang takkan berani nak pegi jauh-jauh,” komen pengguna lain.

Pada masa sama, ada pengguna memberikan cadangan supaya sebahagian haiwan itu diburu bagi mengelakkan risiko terhadap keselamatan orang ramai.

“Rasanya dah tiba masanya Malaysia buat satu misi memburu buaya yang berkeliaran mcm ni, terutamanya kat Sabah Sarawak tu, nak biarkan berapa ramai lagi mati baru buat tindakan? Buaya kat dunia ni banyak lagi kalau hapuskan sikit spesis takkan terancam pupus,” katanya. – Getaran, 31 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad