Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan ‘Selamba’ Merokok Di Premis Makanan Cetus Persoalan Mengenai Akta Larangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 1:01PM

Ada perokok bertindak ‘besar kepala’ dan agresif, termasuk memaki hamun atau bergaduh dengan pemilik, pekerja dan pengunjung premis yang menegur perbuatan mereka - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan berani dan tanpa segan silu segelintir individu menghisap rokok di premis makanan ketika ini, mencetuskan persoalan adakah larangan merokok di kedai makan serta tempat awam dilaksanakan Kementerian Kesihatan sejak 1 Januari 2019 masih berkuat kuasa.

Masakan tidak, menerusi tinjauan dan aduan diterima Getaran, golongan ini ‘selamba’ berbuat demikian walaupun secara terangan terdapat poster dan tanda amaran larangan merokok di premis itu.

Lebih melampau, mereka ini bertindak ‘besar kepala’ dan agresif, termasuk memaki hamun atau bergaduh dengan pemilik, pekerja dan pengunjung premis yang menegur perbuatan mereka.

Apakah punca keadaan itu boleh berlaku di sebalik peraturan yang sudah diumumkan kerajaan secara jelas, sehingga mereka mengingkarinya dan mementingkan diri dengan tidak menghormati hak orang lain yang mahu berada dalam keadaan selesa ketika menikmati hidangan?

Mengulas situasi itu, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, pemerhatiannya mendapati tahap penguatkuasaan kepada pematuhan larangan merokok, khususnya di kedai makan kurang memberangsangkan.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - Gambar Fail
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh - Gambar Fail

Katanya, ia disebabkan penguatkuasaan untuk peraturan itu kurang ketat disebabkan kekangan kakitangan, memandangkan mereka perlu menjalankan pelbagai pemantauan lain.

Masalah ini, jelasnya, bertambah rumit apabila peruntukan disalurkan pihak kementerian untuk tujuan pemantauan ini rendah dan tidak mencukupi, sekali gus menyukarkan jumlah penguatkuasa ditambah.

“Isunya penguatkuasaan kita tak berapa ketat sebab selain melaksanakan penguatkuasaan pemantauan merokok, kita harus memantau penyakit berjangkit lain, termasuk COVID-19, ini semua di bawah kesihatan awam.

“Peruntukan rendah dan tidak mencukupi juga menyukarkan untuk kita menambah penguatkuasa. Seharusnya keutamaan harus diberikan kepada kesihatan awam.

“Lantaran itu, perkhidmatan kesihatan awam termasuk pengesanan kes, kontak, pengawalan penyakit berjangkit serta kawalan mutu tembakau, perlu dimantapkan lagi dengan meningkatkan jumlah peruntukan kewangan dan menambah kakitangan (penguatkuasa),” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Sharifa Ezat berkata, dalam isu kesalahan merokok di tempat awam itu, perokok seharusnya menghormati teguran orang ramai untuk tidak merokok di kawasan larangan.

Ujarnya, ia adalah bagi menghindarkan masyarakat menjadi perokok pasif yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit.

Beliau berkata, seharusnya kedai makan atau tempat awam menjadi kawasan bebas asap rokok, berikutan ia dikunjungi orang ramai, termasuk keluarga yang turut mempunyai kanak-kanak atau bayi.

Perokok seharusnya menghormati teguran orang ramai untuk tidak merokok di kawasan larangan - Gambar Hiasan
Perokok seharusnya menghormati teguran orang ramai untuk tidak merokok di kawasan larangan - Gambar Hiasan

“Masyarakat sekeliling boleh menjadi perokok pasif termasuklah orang tua dan kanak-kanak jika ada individu merokok dan perkara ini sudah menyusahkan kehidupan mereka. Seharusnya merokok lah seperti ditetapkan KKM, iaitu pada jarak tiga meter dari premis.

“Sebenanya kalau tiada penguatkuasa pun tidak mengapa, selagi ada kesedaran sivik dan perasaan segan sekiranya ditegur. Bagi saya masyarakat Malaysia sudah maju dari segi pelbagai sudut, khususnya pemikiran matang yang boleh membezakan perkara baik dan buruk,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menggesa pemilik premis makan dan orang awam melaporkan kepada KKM sekiranya masih ada perokok melakukan tabiat itu di kawasan larangan merokok.

Tegasnya, apa sahaja maklumat mengenai perokok yang enggan berada tiga meter dari premis makanan untuk merokok, boleh diadukan kepada kementerian itu melalui aplikasi WhatsApp dan telefon.

Aduan itu, katanya, boleh dihantar melalui nombor WhatsApp 010-8608949 atau dengan menghubungi talian 03-8892 4530. malah pemilik premis boleh melaporkan dengan menyertakan nama, lokasi restoran, masa, tarikh dan gambar perokok sedang merokok di premis terbabit, di sebalik papan tanda larangan merokok sudah dipaparkan.

“Dengan cara itu, KKM akan mengetahui pemilik sudah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan pelanggan daripada merokok di premis makan,” katanya.

Dr Zainal Ariffin berkata, bukti kesalahan itu adalah penting kerana ia membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan saman terhadap pesalah atas perbuatan itu, tanpa boleh dinafikan perokok.

Apa sahaja maklumat mengenai perokok yang enggan berada tiga meter dari premis makanan untuk merokok, boleh diadukan kepada KKM  melalui aplikasi WhatsApp dan telefon - Gambar Hiasan
Apa sahaja maklumat mengenai perokok yang enggan berada tiga meter dari premis makanan untuk merokok, boleh diadukan kepada KKM melalui aplikasi WhatsApp dan telefon - Gambar Hiasan

“Pemilik premis makanan dan orang awam jangan bertindak kasar serta membuat provokasi apabila menangani pelanggan yang enggan mematuhi larangan berkenaan.

“Cara terbaik beri nasihat dengan sopan untuk mengelakkan situasi tegang. Adalah penting untuk memastikan keselamatan pemilik dan pelanggan lain terjamin.

“Orang berani melawan kerana mereka akan kata penguatkuasa pun tak sibuk, buat apa orang ramai sibuk nak tegur. Jadi penguatkuasaan perlu berkala agar akan ada kakitangan KKM sentiasa menegur dan mengambil tindakan terhadap perokok tegar yang merokok di kawasan larangan,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Eksekutif Yayasan Generasi Malaysia (YGM), Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berkata, apabila notis pemberitahuan sudah dipaparkan di kawasan larangan merokok, tetapi masih ada perokok mengingkarinya, ia berbalik kepada sikap individu sendiri, bukan kesalahan pihak KKM.

Namun, orang ramai harus menjadi ‘mata dan telinga’ kementerian untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab menghindari tabiat merokok, terutama di premis larangan, sekali gus boleh merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencegah amalan tidak sihat ini.

“Memang sukar nak tegur orang merokok sebab sedangkan dah letak amaran tak boleh merokok, mereka tetap dengan perbuatan keras kepala untuk melanggarnya, tapi dari segi psikologinya, dengan teguran beradab, orang merokok kemungkinan tidak melawan.

“Bagi mengubah perbuatan negatif adalah sukar, namun mampu direalisasikan sekiranya pihak berwajib melaksanakan pemeriksaan berterusan dan rakyat turut bekerjasama,” katanya.

Mohamad Nizam yang juga Penasihat Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM) berkata, dalam usaha menangani isu merokok di kawasan larangan itu, kerajaan harus memperbanyakkan hebahan iklan kesedaran melalui radio, televisyen dan media sosial.

“Ceritakan berkenaan akta atau saman yang tegas akan dikenakan kepada pelaku agar mereka sedar untuk tak merokok di kawasan larangan,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

3

Kolum 4 bulan yang lalu

KKM Wajar Pertimbang 'Jalan Tengah' Dalam RUU Kawalan Rokok

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Tangguh Dulu Pengecualian Cecair Vap Nikotin Daripada Akta Racun 1952

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 18 jam yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran