Berita Terkini

15 jam yang lalu: Pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan lelaki dipukul hingga mati 15 jam yang lalu: Maybank perkenal ciri nyahaktif akses segera, tangani penipuan dalam talian 15 jam yang lalu: Sukan SEA: Erry, Hafiz taruhan pingat di Kemboja 15 jam yang lalu: India: Menteri Kesihatan Odisha maut ditembak 16 jam yang lalu: Kurang 10 peratus syarikat culas bayar SST, negara rugi hampir RM150 juta - Kastam

IKUTI KAMI


Banjir: Penduduk Kelantan Gesa Kerajaan Negeri Atasi Isu Perparitan, Jalan Raya Rosak

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 9:47AM

Keadaan banjir yang melanda Rantau Panjang, Kelantan, pada tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Berikutan hujan lebat berterusan bermula 18 Disember lepas, Kelantan antara negeri yang terjejas teruk akibat dilanda banjir sehingga menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengalami kerugiaan akibat kerosakan harta benda seperti rumah, kenderaan dan perabot.

Susulan daripada musibah itu, 140 PPS dibuka membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) turut memaklumkan jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di negeri itu adalah pada 21 Disember iaitu seramai 32,089 orang daripada 9,542 keluarga.

Walaupun badai yang melanda itu tidaklah seteruk 'bah kuning' pada 2014, tetapi ia turut memberi kesan terutama di kawasan-kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini.

jumlah mangsa banjir tertinJumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan adalah pada 21 Disember lalu adalah seramai 32,089 orang daripada 9,542 keluarga.
jumlah mangsa banjir tertinJumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan adalah pada 21 Disember lalu adalah seramai 32,089 orang daripada 9,542 keluarga.

Rata-rata penduduk yang ditemui Bernama tidak menyangka hujan lebat yang berterusan mengakibatkan paras air naik dengan cepat di rumah mereka sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan keperluan yang lain.

Nik Noraini Ainun Nik Mahmud, 29, dari Kampung Jelor, Pasir Puteh berkata air mula memasuki kawasan rumahnya kira-kira pukul 7.45 pagi (19 Dis) berikutan hujan lebat yang berterusan.

"Melihat keadaan air semakin naik, saya sekeluarga segera keluar dari rumah kerana paras air ketika itu sudah melebihi paras paha dan situasi ketika itu sangat cemas sebab kejadian banjir yang berlaku itu kali pertama melanda rumah saya," katanya yang terpaksa berpindah ke PPS tanpa sempat membawa sebarang pakaian.

Malah, ada penduduk yang ditemui mendakwa sistem peparitan dan saliran tidak terancang dan diurus dengan baik dipercayai antara punca berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan penempatan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini sehingga menimbulkan rasa panik dan kelam-kabut dalam kalangan penduduk.

Siti Rozilawati Shaari, 31, dari Pengkalan Chepa berkata isu peparitan dan saliran di Kelantan perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama kerajaan negeri supaya kejadian banjir kilat tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Kita sedia maklum apabila musim tengkujuh, Kelantan antara negeri yang akan dilanda banjir tetapi ia dapat dielakkan jadi lebih teruk jika sistem peparitan dan saliran diurus dengan baik terutama di kawasan yang padat penduduk," katanya.

Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan 'hotspot' di negeri itu dan sudah meluluskan peruntukan untuk menyediakan parit, saliran dan longkang di beberapa kawasan tertentu yang dijangka bermula tahun depan.

Selain itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini dilaporkan berkata sebanyak 40 projek berkaitan rancangan tebatan banjir (RTB) serta saliran mesra alam sedang dan akan dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kelantan dan Terengganu.

Bagi Nor Atikah Aziz, 28, dari Kuala Krai pula selain isu peparitan dan saliran, kerajaan negeri juga perlu memberi fokus segera untuk baik pulih jalan-jalan negeri yang rosak teruk akibat bencana banjir.

"Saya harap kerajaan negeri dapat selesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat dengan kadar segera dalam memastikan kebajikan kami terus terjaga dan terbela," katanya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika mengadakan tinjauan banjir di Kelantan berkata sebanyak 94 lokasi berlaku bencana di seluruh negara telah dikenal pasti membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak.

Daripada jumlah itu, 61 lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (19 lokasi), jalan runtuh (lima lokasi), jalan mendap (enam lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi). - Berrnama

Sorotan

1

Penambakan Tanah Batu Puteh, Singapura Setuju Dengar Hujah Malaysia

2

Jaminan Makanan Untuk Singapura Tak Bermakna Hanya Eksport Ke Sana - Anwar

3

Pelantikan Nurul Izzah Ada Unsur Nepotisme Dan Langgar Prinsip Reformasi - CME

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selepas Pengusiran Ditangguh, Penduduk Kampung Sungai Baru Rayu Campur Tangan PM

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 12 jam yang lalu

Pelantikan Nurul Izzah Ada Unsur Nepotisme Dan Langgar Prinsip Reformasi - CME

oleh Susan Albert

Semasa 23 jam yang lalu

Penularan ASF: ‘Ia Bukan Virus Zoonotik, Tidak Berupaya Menjangkiti Manusia’ - Pakar

oleh Fitri Nizam

Semasa 1 hari yang lalu

Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

oleh Sophia Ahmad