web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Beri Ruang Kepada PBS’, Fadhlina Yakin Dimensi Baharu Sistem Pendidikan Terlaksana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 7:02AM

Pendidikan negara sudah lama berorientasikan peperiksaan, justeru pengenalan kepada PBS adalah bagi mengelakkan daripada pelaksanaan peperiksaan secara berkepentingan tinggi (high stake) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ibu bapa perlu memberi ruang kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia adalah penilaian menyeluruh yang membolehkan sesi dialog diadakan bersama guru, bagi mengetahui prestasi anak mereka.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia susulan ibu bapa akan dijemput ke sekolah, bukan sahaja untuk mengetahui perkembangan akademik anak, malah setiap penilaian di bawah pentaksiran itu.

Katanya, pendidikan negara sudah lama berorientasikan peperiksaan, justeru pengenalan kepada PBS adalah bagi mengelakkan daripada pelaksanaan peperiksaan secara berkepentingan tinggi (high stake).

“Inilah (PBS) dialog paling baik ketika ini yang saya fikir perlu ada antara ibu bapa dan guru kelas berkaitan ansur maju anak-anak mereka.

“Saya hendak beri jaminan kepada ibu bapa, beri ruang kepada PBS dan kita akan lihat perkembangan anak-anak ini dalam tempoh sehingga habis kitarannya dan selepas itu, kita lihat sama ada, wujud keperluan untuk peperiksaan,” katanya.

Fadhlina Sidek - Gambar Fail
Fadhlina Sidek - Gambar Fail

Beliau berkata demikian dalam Program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Dimensi Baharu Kementerian Pendidikan’ yang disiarkan secara langsung di media sosial malam ini dengan dihoskan Sherkawi Jirim.

Fadhlina berkata, PBS menilai murid bukan sahaja berasaskan pencapaian akademik, malah merangkumi aspek pembangunan potensi diri yang tidak tertumpu kepada satu aspek.

Katanya, PBS sedia ada masih mempunyai ujian akhir akademik, namun tidak terlalu ‘high stake, seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan perkara lain turut dinilai, termasuk kemahiran sosial serta bakat murid.

“PBS juga memberikan kebebasan atau autonomi kepada sekolah masing-masing untuk menguruskan peperiksaan berdasarkan keupayaan murid,” katanya.

Ditanya berhubung isu kedaifan sekolah di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, ia sememangnya menjadi satu daripada tumpuan utamanya serta digariskan dalam tujuh teras utama bagi memperkasa pendidikan negara.

“Ketika mula menerajui KPM, saya sendiri meminta agar isu membabitkan kedaifan sekolah di Malaysia Timur, menjadi tumpuan pentadbiran.

“Pada 100 hari pertama, kita akan lihat apa kita sudah laksanakan mengenai sekolah daif ini. Jadi tumpuan kita untuk pastikan akses kanak-kanak di Sabah dan Sarawak diberi keutamaan dalam pendidikan,” katanya.

PBS juga memberikan kebebasan atau autonomi kepada sekolah masing-masing untuk menguruskan peperiksaan berdasarkan keupayaan murid - Gambar hiasan
PBS juga memberikan kebebasan atau autonomi kepada sekolah masing-masing untuk menguruskan peperiksaan berdasarkan keupayaan murid - Gambar hiasan

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau yakin hasrat kerajaan untuk memberi dimensi baharu kepada sistem pendidikan negara akan dapat dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM), memandangkan kepakaran sedia ada mencukupi bagi menangani isu semasa.

Ujarnya, atas sebab itu, beliau mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk memberi keyakinan kepada golongan pemegang taruh, merangkumi ibu bapa, guru dan anggota masyarakat terhadap bagaimana kementerian memandu pendidikan negara.

“Saya amat yakin. Selepas 23 hari di kementerian, saya amat yakin dengan sokongan Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Setiausaha dan pasukan sedia ada.

“Saya fikir kita cukup kuat untuk meneruskan dan menyahut cabaran serta terus mendengar dan memastikan setiap agenda, khususnya tujuh teras utama digariskan saya, dilaksanakan mengikut proses. Ia juga boleh diselesaikan khususnya dengan adanya majlis penasihat nanti,” katanya.

Sebelum ini, Fadhlina mengumumkan bahawa KPM akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama dalam memperkasa pendidikan negara.

Teras itu merangkumi isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru, komunikasi antara kementerian dan sekolah, isu kemiskinan multidimensi, penekanan aspek karamah insaniah, naik taraf sekolah daif serta meningkatkan pendidikan digital.

PBS mula dilaksanakan di peringkat sekolah rendah pada tahun 2011, sebelum diperkenalkan ke sekolah menengah setahun kemudian.

Kewujudannya adalah susulan keprihatinan KPM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan.

Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010, bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

Ia adalah pentaksiran bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia, sekali gus berperanan melahirkan murid seimbang dalam pelbagai aspek. - Getaran, 31 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad