web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKT Tubuh Pasukan Petugas Selesai 381 Projek Perumahan ‘Sakit’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 8:32PM

KPKT akan mewujudkan pasukan petugas untuk mencari penyelesaian berhubung 381 projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai ‘sakit’. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan pasukan petugas untuk mencari penyelesaian berhubung 381 projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai ‘sakit’, sekali gus bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli kediaman itu.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kementerian itu memandang serius terhadap projek perumahan yang dikategorikan sakit atau terbengkalai.

Katanya, pembangunan perumahan adalah satu daripada sektor penting dalam menjana ekonomi negara yang menyaksikan hampir 200 industri terlibat.

“Justeru, KPKT berharap industri perumahan akan terus berkembang maju pada 2023.

“Kementerian ini akan melancarkan lebih banyak rumah mampu milik berkualiti tinggi supaya rakyat dapat memiliki rumah selesa dengan harga berpatutan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kor Ming berkata, KPKT akan membina sejumlah 83,728 rumah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi merealisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri.

“Sebanyak 22,209 rumah sudah siap dibina, 47,637 unit dalam pembinaan dan baki 13,882 unit akan disiapkan menjelang akhir tahun 2025.

“Bergerak ke hadapan, khususnya dalam pembinaan dan perancangan bandar, KPKT akan memberi fokus kepada Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals - SDG) yang dikemukakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kementerian itu berharap pihak swasta dapat bekerjasama secara aktif dengan kerajaan untuk membina lebih banyak ruang hijau.

Ujarnya, pihak swasta juga diharap menggunakan gaya reka bentuk mesra alam dalam pembinaan agar mewujudkan lebih banyak perumahan berdaya huni dan berkonsep hijau.

Selain itu, Kor Ming berkata, Kerajaan Perpaduan turut menyokong inisiatif untuk membantu lebih ramai golongan muda memiliki rumah pertama.

“(Inisiatif) melalui insentif pengecualian duti setem 100 peratus bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, manakala bagi rumah berharga RM500,001 hingga ke RM1 juta akan menikmati pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.

“Memandangkan situasi politik negara kita kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pelabur asing kembali mempunyai keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan, (justeru) saya optimistik terhadap pasaran industri perumahan negara pada tahun depan,” katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya berharap pengusaha dapat meningkatkan pelaburan domestik, malah Kerajaan Perpaduan akan bekerjasama secara aktif dengan melancarkan dasar ‘pro-perniagaan’ dan ‘pro-rakyat’.

“Marilah kita bekerjasama untuk memperjuangkan ekonomi negara dan menyelamatkan kehidupan rakyat. Bagi memantapkan lagi pembinaan perumahan awam di negara, saya sudah menjemput Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura (HDB) untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman berhubung isu perumahan.

“Saya percaya ini akan meningkatkan tahap perancangan bandar di Malaysia dan bukan sahaja dapat membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri, tetapi juga mewujudkan rumah tangga bahagia serta sejahtera melalui kaedah inovatif,” katanya. – Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Unit K9 Bomba Terima Ahli Baharu, Labrador Lahirkan 'Brave'

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Buang Sampah Kecil: Lebih 1,000 Ditahan, Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Kor Ming

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Akur Buat Silap, Kor Ming Mohon Maaf ‘Ugut’ Wartawan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan