web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MB Selangor Galak Pengusaha Makanan, Minuman Pakai Pelitup Muka Secara Berperingkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 9:48PM

Pemakaian pelitup muka oleh golongan usahawan merupakan langkah yang bagus bagi menimbulkan keyakinan pelanggan ketika proses penyediaan dan hidangan makanan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyarankan agar pelaksanaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha makanan dan minuman (F&B) dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Amirudin berkata pemakaian pelitup muka oleh golongan usahawan itu dilihat sebagai langkah yang bagus bagi menimbulkan keyakinan pelanggan ketika proses penyediaan dan hidangan makanan.

Bagaimanapun katanya perkara itu masih belum diputuskan di peringkat kerajaan negeri kerana ia melibatkan beberapa pertambahan dalam Undang-undang Kecil (UUK) di peringkat PBT.

"Jadi kalau kita hendak laksanakan (pemakaian pelitup muka kepada pengusaha makanan) perlu ada pelarasan kerana kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika kita memakai pelitup muka.

Walaupun pada akhirnya apabila kita hendak mewajibkan (pemakaian pelitup muka kepada pengusaha makanan), tetapi (apa yang penting) pada peringkat ini adalah proses pendidikan dalam tempoh satu hingga tiga bulan kerana kita hendak memastikan kebersihan makanan yang disajikan dapat dipelihara,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutupan Pembinaan Keupayaan Gerak Gempur Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) Ladang Midlands, di sini hari ini.

Terdahulu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meningkatkan penguatkuasaan dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka terhadap peniaga makanan dan minuman berkuat kuasa tahun depan.

Pelaksanaan peraturan itu diikuti oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam hantaran di Facebook hari ini yang memaklumkan akan mengenakan kompaun terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad