web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Pengambilalihan Pengurusan Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 8:42PM

SPRM telah memanggil tiga lagi saksi bagi membantu isu berkaitan pemindahan hak milik pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil tiga saksi bagi membantu siasatan isu pemindahan hak milik pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Jurucakap SPRM memaklumkan, pihaknya turut mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak berkaitan untuk diteliti.

Katanya, siasatan itu adalah bagi memberi tumpuan sama ada wujud elemen rasuah dalam penjualan 100 peratus saham di dalam Syarikat Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd (HSB) pada Oktober 2022.

“SPRM mengesahkan sedang menyiasat dakwaan penjualan saham mencurigakan hak milik pengurusan Menara KL.

“Setakat ini, SPRM telah memanggil tiga orang saksi dan mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak berkaitan untuk diteliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, SPRM akan menjalankan siasatan secara terperinci dan profesional daripada semua sudut berkaitan isu terbabit.

Isu pengambilalihan pengurusan Menara KL tular di media sosial apabila orang ramai mempersoalkan keputusan TM melalui MKLSB memindahkan pemilikan penuh mereka kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober lalu.

Satu akaun Twitter dikenali sebagai @FreeMsian mendakwa Menara KL yang menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dengan untung bersih RM25 juta, sebagai ‘cash cow’ dan pemindahan saham itu tidak dihebahkan kepada umum.

Difahamkan, pemindahan semua 10 juta saham MKLSB berlaku pada 31 Oktober ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Bagaimanapun, Annuar pada Selasa lalu, menjelaskan kementeriannya tidak pernah mengambil bahagian dalam mana-mana perjanjian dalam isu pemilikan Menara KL yang dikatakan hanya membabitkan TM.

Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula berkata, beliau memandang serius isu dibangkitkan di media sosial itu dan akan meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara KL daripada TM oleh Hydroshoppe.

Beliau turut mengesahkan, sudah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada kementerian pada 14 Disember lalu dan akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada TM pada 3 Januari ini. - Getaran, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad