web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taman Tema Air Ditutup Kerana Tiada Lesen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 7:05PM

Dua anggota penguat kuasa MBSP menampal notis penutupan Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas. - Gambar dari Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengarahkan Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas, di sini ditutup sejak semalam kerana beroperasi tanpa lesen.

MBSP dalam kenyataan memaklumkan taman tema yang baru dibuka pada 15 Disember lepas itu telah dikeluarkan notis supaya pihak pengurusan menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

"Menerusi pemeriksaan dan semakan yang dijalankan Jabatan Pelesenan MBSP pada pukul 1.30 tengah hari, 16 Disember lepas mendapati premis tersebut telah melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MBSP dan kompaun dikeluarkan serta satu notis mengkehendaki perniagaan dihentikan juga dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari kepada pemilik dan ia diterima oleh wakil pemilik.

"Enam hari kemudian, satu lagi pemeriksaan dijalankan dan hasil semakan mendapati premis beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air yang satu notis kesalahan bagi menghentikan aktiviti hiburan taman tema air di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998 telah dikeluarkan bagi tempoh tiga hari kepada pemilik," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pemeriksaan pada 4.30 petang Selasa mendapati pemilik masih menjalankan aktiviti hiburan taman tema air dan menyebabkan tindakan penutupan sekali lagi diambil pada 9.40 pagi semalam.

Sementara itu, tinjuan Bernama mendapati jalan masuk ke taman tema air tersebut ditutup dan ia dijaga oleh pegawal keselamatan yang memaklumkan tempat tersebut ditutup kepada orang ramai untuk sementara waktu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menyerahkan kepada MBSP untuk menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 58 saat pengunjung berkumpul di hadapan pintu masuk taman tema itu dan turut kelihatan beberapa penguat kuasa MBSP sedang menampal notis penutupan di premis berkenaan.

Taman tema yang bernilai kira-kira RM90 juta itu mulai beroperasi pertengahan bulan ini atas tanah seluas lebih lapan hektar milik The Maritime Water Front Suites Sdn Bhd.

Sebelum ini, projek terbabit dilaporkan tertangguh sejak lebih tiga tahun lepas akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan termasuk COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad