web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembangunan Lestari Luar Bandar Diperkasa Berterusan, Rangkumi 4 Aspek – Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 3:02PM

Ahmad Zahid berkata pembangunan lestari luar bandar di negara ini perlu dijalankan secara berterusan bagi perubahan dan transformasi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan pembangunan lestari luar bandar diperkasakan secara lebih inklusif, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, memfokuskan kepada empat aspek utama.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan lestari luar bandar di negara ini perlu dijalankan secara berterusan bagi perubahan dan transformasi.

Beliau berkata, empat aspek itu, termasuk peningkatan tadbir urus atau tata kelola baik dan efisien di peringkat kawasan setempat, daerah serta wilayah, dengan menghubungkan sektor swasta, masyarakat sivil dan agensi kerajaan yang strategik.

Menurutnya, aspek itu juga membabitkan pembangunan sektor produktif yang merujuk kepada bidang pertanian, industri bukan pertanian, perlombongan, pelancongan, sumber alam semula jadi, pengurusan alam sekitar dan sebagainya.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

“(Aspek seterusnya), Pembangunan institusi dan keupayaan beberapa bidang tujahan, termasuk bidang pendidikan, latihan, kesihatan, penyelidikan lanjutan, pemasaran, simpanan dan kredit, pengangkutan, alam sekitar serta sebagainya.

“(Selain itu), Pembangunan infrastruktur desa, termasuk jalan raya, elektrik, telekomunikasi, perumahan, air, kesihatan awam dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kesemua naratif, definisi, preskripsi dan deskripsi mengenai ciri pembangunan desa serta wilayah, perlu dihalusi kerana ia akan mempengaruhi wacana dan naratif masyarakat desa.

Ujarnya, penegasan itu turut penting untuk menyerlahkan kualiti inklusif yang merupakan bahagian daripada entiti masyarakat lebih besar dan perlu diberikan keutamaan berterusan oleh agensi, kementerian serta masyarakat civil.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya akan memastikan aspek itu diterap dan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat desa serta wilayah.

“Hal ini juga untuk memastikan imperatif konsep desa yang pernah saya kemukakan sebelum ini, bergerak sejajar dengan misi dan visi kementerian.

“Adalah (menjadi) tanggungjawab kepada kita semua bagi memastikan kelestarian pembangunan desa dan wilayah,” katanya. – Getaran, 29 Disember 202

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 58 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad