web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Di Sarawak, Perak Pulih Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 7:40PM

PPS di SMART Batu 4 di daerah Hilir Perak ditutup secara rasmi petang ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Sarawak dan Perak pulih sepenuhnya manakala keadaan di Sabah serta Terengganu tidak berubah sementara jumlah mangsa di Kelantan semakin berkurang setakat petang ini.

Di Sarawak, situasi banjir pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau ditutup tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebelum ini, PPS itu menempatkan tujuh mangsa banjir. 

Di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan PPS di Dewan Sekolah Menengah Abd Rahman Talib (SMART) Batu 4 di daerah Hilir Perak ditutup secara rasmi petang ini dan semua 35 mangsa daripada enam keluarga telah pulang ke kediaman masing-masing. 

Sementara di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 17 orang daripada lima keluarga petang ini berbanding 31 orang daripada 12 keluarga pagi tadi.

Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my memaklumkan kesemua mangsa itu ditempatkan di sebuah PPS di Pasir Mas.

Di Sabah, 135 mangsa banjir daripada 56 keluarga di Kota Belud yang ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Sementara itu, 1,454 orang yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di Sabah masih berlindung di sebuah PPS di Sandakan manakala 298 lagi di enam PPS di Pitan.

Di Terengganu, Sekretariat JPBN memaklumkan seramai 53 orang daripada 12 keluarga mangsa banjir di Besut masih berlindung di PPS Masjid Kampung La dan semuanya dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama selepas kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad