web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tersilap Tukar Siaran TV, Abang Tumbuk, Ugut Bunuh Adik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 8:45PM

Suspek meminta adiknya menukar siaran televisyen, tetapi tersilap menekan alat kawalan jauh menyebabkan dia ditumbuk suspek pada bahagian badan dan mulut - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Gara-gara tersalah menukar siaran televisyen, seorang lelaki ditumbuk hingga cedera oleh abang kandungnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri dekat Taman Bukit Permai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki terbabit turut bertindak menampar muka dan membuat ugutan bunuh kepada mangsa.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam ketika dua beradik itu sedang menonton televisyen bersama di rumah.

“Suspek meminta adiknya menukar siaran televisyen, tetapi tersilap menekan alat kawalan jauh menyebabkan dia ditumbuk suspek pada bahagian badan dan mulut.

“Suspek kemudian menampar muka mangsa dan mengugut dengan menyatakan ‘dah cukup bagus aku tak bunuh kau’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian dada, rusuk kanan dan bibir.

Susulan itu, katanya, suspek berusia 26 tahun yang juga penganggur berjaya ditahan di kediamannya di Pangsapuri Intan pada jam 12.30 tengah malam tadi bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala ujian air kencingnya negatif dadah.

“Suspek kini direman direman selama empat hari hingga 30 Disember ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (mendatangkan ketakutan) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (sengaja mendatangkan kecederaan).

“Polis memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah termasuk ugutan dan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya. - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad