web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Tanah Runtuh: Operasi SAR Tinggalkan Kesan Mendalam Kepada Anggota Penyelamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 9:41PM

Pasukan penyelamat diberikan terapi minda dan kata-kata semangat bertujuan memulihkan kembali motivasi bagi meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini yang berakhir hari ini, meninggalkan kesan mendalam kepada anggota-anggota penyelamat.

Ketua Zon Hulu Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ahmadi Muhamad Hasan berkata selain fizikal, emosi anggota juga terkesan sepanjang sembilan hari operasi SAR berlangsung.

Mengimbas kembali usaha mengesan mangsa tragedi itu, beliau berkata faktor tanah lembut dan cuaca hujan menyukarkan pergerakan dan menuntut kudrat anggota penyelamat.

“Tidak dapat dinafikan emosi pasukan di ground zero juga kadangkala terjejas terutamanya apabila gagal menemukan mangsa atau petunjuk baharu keberadaan mangsa di bawah runtuhan tanah,” katanya kepada Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian di sini hari ini.

Ahmadi berkata pasukan penyelamat diberikan terapi minda dan kata-kata semangat bertujuan memulihkan kembali motivasi bagi meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa.

Meskipun dengan penemuan mayat empat sekeluarga yang merupakan korban ke-27, ke-28, ke-29 dan ke-30 pada hari ketujuh pencarian, beliau berkata operasi SAR terus berdepan kesukaran.

"Hendak mencari hanya seorang lagi mangsa dalam kawasan yang sangat luas iaitu hampir 15 ekar (6.07 hektar) sangat sukar,” katanya.

Ahmadi berkata selain kerja pengorekan dan penggalian melibatkan jengkaut, anggota penyelamat bersama anjing pengesan perlu membuat pencarian di kawasan sama berkali-kali bagi mengesan mangsa.

"Syukur Alhamdulillah akhirnya sekitar 4.50 petang semalam, kita berjaya menemukan mayat terakhir. Sebagai pasukan penyelamat, apabila jumpa mangsa, itulah ubat paling mujarab untuk hilangkan segala kepenatan kami," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani secara rasmi menamatkan operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh itu 12 tengah hari tadi, setelah pihaknya mengesahkan tiada lagi mangsa yang terlibat atau hilang dalam kejadian itu.

Dalam kejadian awal pagi 16 Disember lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban. Daripada angka korban itu, 18 ialah individu dewasa dan 13 kanak-kanak termasuk seorang bayi berumur setahun.

Secara keseluruhan, 20 mayat ditemukan di sektor A (hill view), satu di sektor B (farm view) dan 10 lagi di sektor C (river side). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar