web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Jawab Kecaman Netizen, ‘Insya-Allah Rakyat Rasional Akan Mula Memahami’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 2:00PM

Rafizi tidak takut dengan pandangan umum. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun dikecam hebat gara-gara kenyataannya yang menasihatkan pengguna untuk tidak membeli barangan dijual oleh peniaga melebihi daripada harga purata, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tetap tenang berdepan situasi itu.

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, beliau tidak takut dengan pandangan umum, sebaliknya yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta apa yang disarankan.

Menurutnya lagi, dalam tempoh sebulan dari sekarang, ‘geng’ Perikatan Nasional (PN) yang mempertikaikan saranannya itu akan terduduk.

“Sama macam mereka terduduk soal lain yang asalnya kontroversial, tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” katanya.

Jelas beliau, untuk menyelesaikan masalah, semua pihak harus memastikan ekosistem harga barang lebih anjal.

Katanya, kerajaan sudah melaksanakan beberapa langkah jangka sederhana dan panjang seperti memperbaiki rantaian bekalan untuk menghentikan monopoli dan mengawal harga tanpa menjejaskan kelangsungan bekalan.

“Kita juga perlu menyuntik keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga.

“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini. Insya-Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau pernah berdepan situasi sama ketika berbicara mengenai mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi tumpuan untuk memenangi lebih 80 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya tidak pernah lari dari perkara kontroversi jika itu menyelesaikan masalah. Masa saya bercakap mengenai Azmin Ali tahun 2016, penyokong PH maki.

“Masa saya cakap PH perlu fokus menang lebih 80 kerusi untuk jadi blok terbesar Mac 2022, semua gelak dekat saya. Soal harga pun sama,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Rafizi menasihati pengguna agar tidak membeli barangan dijual oleh peniaga yang melebihi daripada harga purata.

Beliau berkata, seandainya pengguna berbuat demikian, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Katanya, satu kategori perbelanjaan yang paling mempengaruhi inflasi adalah harga barangan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu kumpulan perbelanjaan yang paling besar bagi isi rumah.

“Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga.

“Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun,” katanya.

Ciapan itu turut mengundang respons pengguna Twitter yang kebanyakannya meminta beliau menggunakan bahasa mudah difahami rakyat semasa memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

“Boleh tak tuan jelaskan dalam bahasa orang biasa. Kebanyakan rakyat tak faham apa yang tuan cuba sampaikan.

“Tu senang untuk diputarbelitkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab,” kata Kappoww07.

“Harap YB (Yang Berhormat) boleh mulakan penyampaian dengan bahasa mudah straightforward dan tak mudah dimanipulasi dahulu.

“Kemudian highlights more details teknikal selepas itu,” kata Fi_Do_D_Do. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad