Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: 9 Hari Duka Dilatari Pelbagai Cerita, ‘Terima Kasih Hero Negara’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 7:02AM

Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada kata mampu menggambarkan kesukaran, kepenatan dan kesedihan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm, Selangor yang bertungkus-lumus melaksanakan misi pencarian sejak insiden itu berlaku pada 16 Disember lalu.

Sembilan hari ‘bergelut’ dengan lumpur, tanah lembik dan cuaca tidak menentu bukan tugas mudah, tambahan tanggungjawab itu dilaksanakan dengan harapan menggunung keluarga mangsa agar insan tersayang ditemui.

Malah, sepanjang tempoh itu, anggota berkenaan terpaksa meninggalkan keluarga untuk ‘berkampung’ di lokasi pencarian dan bekerja tanpa mengira waktu, demi memastikan mangsa ditemui secepat mungkin.

Gambar oleh Syeda Imran
Gambar oleh Syeda Imran

Selama sembilan hari juga, pelbagai kisah melatari misi itu yang mengundang hormat dan sebak masyarakat di atas pengorbanan serta perjuangan ditunjukkan.

Terdahulu, insiden mengejutkan negara pada Jumaat minggu lalu itu dilaporkan media selepas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis mengeluarkan kenyataan, bahawa pasukan terbabit menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.24 pagi, sebelum tiba ke lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan pada ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dan keluasannya lapan ekar (3.2 hektar).

Daripada 92 mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu, 78 adalah pengunjung tapak perkhemahan, manakala 14 pekerja ladang.

Seramai 61 mangsa selamat, manakala 31 disahkan meninggal dunia yang semuanya pengunjung tapak perkhemahan terbabit.

Mangsa maut terdiri daripada 14 wanita dewasa, empat kanak-kanak perempuan serta masing-masing enam lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki.

Pada masa sama, misi itu menyaksikan pelbagai kaedah dan strategi dilaksanakan pasukan SAR untuk mengatur gerak anggota serta aset bagi menggiatkan pencarian mangsa.

Gambar oleh Sairien Nafis
Gambar oleh Sairien Nafis

Ia termasuk membawa masuk beberapa ekor anjing unit pengesan (K9), dua eskavator milik Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), jentera berat jenis PC 210 LC- 10M milik 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD).

Selain itu, ia menggerakkan pasukan ‘sweeper’ JBPM untuk mengesan kemungkinan baki mangsa tanah runtuh terbabit dibawa arus sungai ketika kejadian.

Lebih menyentuh perasaan, apabila seorang anggota JPBM melangunkan azan sebelum memulakan operasi pada hari keenam bagi mencari tujuh lagi mangsa ketika itu, sebagai antara ikhtiar pasukan berkenaan.

Antara kisah sedih dipaparkan media sepanjang misi itu juga adalah apabila pasukan SAR menemui mayat ibu dan anak perempuannya yang dianggarkan berumur tiga tahun dalam keadaan berpelukan.

Suffian Abdullah - Gambar oleh Syeda Imran
Suffian Abdullah - Gambar oleh Syeda Imran

Pilu bertambah apabila mayat seorang kanak-kanak perempuan berbaju tidur berwarna merah jambu, ditemui dalam keadaan tertimbus pada kedalaman lebih 17 meter daripada aras tanah, tanpa pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, terdapat empat beg mengandungi pakaian dan komputer riba ditemui berdekatan kanak-kanak itu yang mayatnya dijumpai berhampiran batu dianggarkan lebih besar daripada jengkaut.

Manakala, kisah diceritakan seorang anggota misi mengundang sebak apabila dia berkongsi pengalamannya sebaik tiba di lokasi itu yang penuh ‘hiruk-pikuk’ dan menyedihkan, dengan suara jeritan meminta bantuan daripada mangsa kedengaran hampir dari segenap arah.

Katanya, keadaan berselut mencecah paras lutut dan tanah licin menyukarkan pergerakan anggota pasukan memberi bantuan kepada mangsa ketika itu, selain bimbang mungkin berlaku runtuhan susulan.

“Ada satu kejadian menyedihkan buat saya, seorang mangsa lelaki memberitahu kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan dengan runtuhan itu. Dia menjerit memberitahu supaya pasangannya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.

“Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerakan, kami terus mencari arah hon kereta mangsa. Tidak lama selepas itu kami menemui kereta dimaksudkan lelaki berkenaan, dengan di dalamnya memang ada isteri dan anaknya.

“Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah mencapai si anak, saya segera memeluknya. Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang terbabit sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi,” katanya.

Letih anggota pasukan misi itu juga bukan kepalang apabila mereka perlu mengorek tanah di hampir seluruh kawasan runtuhan, malah ada antara tempat berkenaan terpaksa digali semula lebih dalam susulan jangkaan bahawa mangsa berada di situ.

Norazam Khamis - Gambar oleh Sairien Nafis
Norazam Khamis - Gambar oleh Sairien Nafis

Buktinya, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM),  dilaporkan mengalami serangan strok ringan pada hari keempat misi dan dimasukkan ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan, akibat kurang rehat dan keletihan melampau kerana menguruskan pergerakan misi itu 24 jam.

Semalam pula, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi itu, Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffrey pengsan dipercayai akibat keletihan melampau.

Jurucakap APM Selangor berkata, anggota dari cawangan Sabak Bernam itu pengsan pada kira-kira 1 tengah hari tadi dipercayai akibat cuaca panas terik, selain berkemungkinan dehidrasi kesan kurang minum air kerana terlalu fokus kepada pencarian mangsa.

Muhammad Faiq Haikhal - Gambar ihsan APM
Muhammad Faiq Haikhal - Gambar ihsan APM

Akhirnya pada kira-kira jam 4.50 petang semalam, doa seluruh rakyat Malaysia supaya pencarian seorang kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir masih belum ditemui, dimakbulkan apabila dia dijumpai dalam ‘sleeping bag’ di lereng bukit di lokasi kejadian.

Meskipun sedih kerana 31 mangsa hilang itu meninggal dunia dan tertimbus ketika dijumpai, ia khabar cukup melegakan untuk pasukan berkenaan, keluarga mangsa serta rakyat Malaysia kerana kesemua mereka  sudah ditemui. – Getaran, 25 Disember 2022

Mangsa terakhir, seorang kanak-kanak lelaki berjaya ditemui petang semalam. - Gambar oleh Syeda Imran
Mangsa terakhir, seorang kanak-kanak lelaki berjaya ditemui petang semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 31 minit yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 8 jam yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 4 jam yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran