web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rafizi Patut Perinci Langkah Tangani Ketidakseimbangan Pasaran, Bukan Guna ‘Sifir Mudah’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 9:13PM

Syahir Sulaiman berkata Rafizi harus memaklumkan langkah bagi mengatasi masalah pembekal yang menyorok stok bekalan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sepatutnya memberikan penjelasan lebih rasional dengan memperincikan langkah bersepadu kerajaan untuk menangani segala gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, pemimpin itu juga perlu memberitahu mengenai pendirian kerajaan terhadap isu monopoli, kartel dan kuota.

Katanya, Rafizi juga harus memaklumkan langkah bagi mengatasi masalah pembekal yang menyorok stok bekalan.

Syahir Sulaiman - Gambar dari Facebook
Syahir Sulaiman - Gambar dari Facebook

“Formula (digunakan) Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk tangani inflasi hanyalah sifir mudah berkaitan konsep permintaan dan penawaran dalam pasaran.

“Bagaimanapun, jawapan Rafizi tersebut bukanlah sesuatu yang konkrit memandangkan pasaran hari ini tidak rasional, banyak gangguan, pelbagai kejutan dan tidak seimbang.

“Apakah langkah awal kerajaan untuk tangani kekurangan bekalan akibat musim hujan ataupun kemarau. Seterusnya apakah langkah awal tangani kekurangan bekalan sebagai contoh ayam, telur, tepung, gula, minyak masak akibat permintaan meningkat mendadak di musim perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina atau Aidilfitri,” katanya.

Syahir yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jawapan kepada semua persoalan tersebut adalah kunci untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup membelenggu rakyat.

“Inilah solusi bagi menangani gangguan dan ketidakseimbangan dalam pasaran yang serba tidak rasional hari ini,” katanya.

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Semalam, Rafizi berkata, makanan dan minuman akan terus dijual kepada pengguna pada kadar lebih tinggi, selagi mereka terus menyokong perniagaan yang menetapkan harga berlebihan untuk produk dijual.

Menurutnya, keadaan pengguna yang ‘tidak kisah’ itu menunjukkan mereka seolah-olah memberi peluang kepada peniaga menaikan harga produk kerana ia tetap dibeli.

“Hanya jika terdapat pengurangan dalam permintaan, pengusaha perniagaan akan mengawal harga mereka.

“Jika permintaan berkurangan tidak berlaku, maka anda tidak boleh menyalahkan mereka (peniaga) kerana mengenakan caj tambahan kepada pengguna,” katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu menasihatkan pengguna supaya lebih mengambil tahu soal harga ketika membuat pembelian. - Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar