Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Beg Umi Hanya RM300 Bukan RM26,000, Ia Hadiah Daripada Kami’ - Azma

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 8:33PM

Gambar tular di media sosial yang mendakwa beg tangan dibawa oleh Siti Zabidah berharga RM26,000. - Tangkapan layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa isteri Menteri Besar Kelantan, Siti Zabidah Abd Hamid menggayakan beg tangan berharga RM26,000 sehingga tular di media sosial sejak semalam, menerima respon anaknya yang menegaskan ia tidak berasas dan fitnah.

Menerusi Facebook, anaknya yang dikenali Azma Ahmad sebaliknya menegaskan beg tangan berwarna hitam itu berharga RM300.

Katanya, beg tangan terbabit juga adalah hadiah daripadanya bersama adik-beradik kepada wanita istimewa dalam kehidupan mereka itu, bersempena Hari Keluarga 2022.

“Beg tu sebenarnya hadiah dari kami anak-anak kepada Umi (Siti Zabidah) sempena Family Day 2022.

“Tak dok modal sungguh waso ore ponn nk fitnah-fitnah…Umi oyak kalau beg RM26k baik beli emas (tiada modal sungguh orang ramai hendak fitnah. Ibu kata kalau (beli) beg harga RM26,000, baik beli emas,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar memaparkan Siti Zabidah membawa beg tangan didakwa berharga RM26,000 ketika mengikut suaminya, Datuk Ahmad Yakob menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tular di Facebook serta aplikasi Whatsapp.

Malah ada netizen turut memuat naik paparan harga beg berwarna hitam, dengan rona sama di portal jualan dalam talian yang kelihatan seolah-olah serupa dengan apa digayakan wanita itu.

Paparan harga jualan ditunjukkan di platform itu adalah RM26,000.

Terdahulu, Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMBK) turut menafikan dakwaan terbabit dengan menyifatkan ia sebagai cubaan pihak tertentu untuk memfitnah Ahmad.

Katanya, ia juga bagi menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan kerajaan negeri.

“Kali ini adalah cubaan fitnah untuk menjejaskan reputasi Menteri Besar Kelantan menerusi fitnah penggunaan beg tangan isteri beliau yang berjenama mewah, tanpa sebarang bukti dan usul periksa berkenaan status barangan tersebut.

“Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300, bukannya mewah sehingga RM26,000 seperti didakwa,” katanya.

UKMBK menegaskan, dalam situasi musibah banjir dan di saat kepimpinan kerajaan Kelantan bertungkus lumus menguruskan, membantu serta memberi khidmat terbaik kepada rakyat susah, masih ada pihak yang mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam.

“Rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan ‘character assasination’ (memburukkan reputasi) untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan kerajaan negeri,” katanya. – Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Sukan 16 jam yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

Semasa 1 hari yang lalu

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM