web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Terakhir Ditemui Dalam 'Sleeping Bag' Di Lereng Bukit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 7:26PM

Mayat mangsa dikesan seorang pegawai pasukan SAR yang melakukan pencarian di kawasan lereng bukit Sektor A (hill view) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa terakhir insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor ditemui dalam ‘sleeping bag’ di lereng bukit di lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat mangsa dikesan seorang pegawai pasukan itu yang melakukan pencarian di kawasan lereng bukit Sektor A (hill view) di tapak perkhemahan tersebut.

Menurutnya, pegawai tersebut melihat aliran cecair dari tanah di lereng berkenaan yang dipercayai berpunca daripada mayat kanak-kanak itu.

“Selepas menemui aliran cecair berkenaan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membuat kerja-kerja pengorekkan tanah secara manual sedalam empat meter sebelum menemui ‘sleeping bag’ yang tertimbus.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang kanak-kanak, iaitu mangsa terakhir yang dicari-cari sebelum ini,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Wan Md Razali (kiri) dan Suffian pada sidang media hari ini.
Wan Md Razali (kiri) dan Suffian pada sidang media hari ini.

Wan Md Razali berkata, penemuan mayat terakhir itu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban dalam insiden tanah runtuh berkenaan seramai 31 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 19 mangsa ditemui di sektor A, iaitu kawasan hill view, manakala di sektor B, farm view (1 orang) dan sektor C, riverside (10 orang),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mayat kanak-kanak berusia sekitar tujuh hingga 12 tahun tersebut, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

“Mayatnya masih dalam keadaan sempurna, namun sudah mula mereput. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Jumaat minggu lalu itu, tapak perkhemahan berkenaan ditimbus tanah runtuh dengan ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dan keluasan runtuhan lapan ekar (3.2 hektar).

Runtuhan tanah memusnahkan tiga tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, iaitu di River Side Campsite, Farm View Campsite dan Hilltop Campsite.

Daripada 92 mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu, 78 adalah pengunjung tapak perkhemahan, manakala 14 pekerja ladang.

Seramai 61 mangsa selamat, manakala 30 disahkan meninggal dunia dan semuanya pengunjung tapak perkhemahan terbabit.

Mangsa yang maut terdiri daripada 14 wanita dewasa, empat kanak-kanak perempuan serta masing-masing enam lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki. - Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan