web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Sedia RM50 Juta Baiki Sekolah Rosak Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 5:13PM

KPM menyediakan peruntukan penyelenggaran sebanyak RM50 juta bagi membaiki dan membaik pulih sekolah-sekolah yang terjejas serta rosak akibat banjir - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan peruntukan penyelenggaran sebanyak RM50 juta bagi membaiki dan membaik pulih sekolah-sekolah yang terjejas serta rosak akibat banjir.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata pihaknya ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung kerosakan sekolah-sekolah yang terlibat.

"KPM memang ada peruntukan penyelenggaran untuk sekolah terjejas dan terkesan akibat banjir khususnya di Terengganu serta Kelantan, setakat ini saya dimaklumkan sebanyak 287 buah sekolah dilanda banjir di seluruh negara namun masih tunggu jumlah (sekolah) yang rosak.

"Saya telah minta pihak Jabatan Pendidikan negeri dan PPD untuk menyediakan laporan lengkap berhubung sekolah yang rosak dan terjejas, selepas itu kami akan salurkan peruntukan tersebut bagi membaikinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas hadir di Majlis Hari Bersama Rakyat Nibong Tebal, di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal, di sini.

Sementara itu, Fadhlina berkata KPM akan berbincang dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berhubung sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mencari alternatif sama ada terdapat keperluan untuk menangguhkan sesi persekolahan membabitkan kawasan yang masih dilanda banjir.

Katanya sesi persekolahan bagi negeri atau kawasan yang tidak terjejas dalam banjir akan diteruskan seperti dijadualkan, iaitu pada 2 Januari di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala 3 Januari bagi negeri lain.

"Kebajikan dan keselamatan guru, murid serta warga sekolah adalah keutamaan KPM, bagi negeri yang tidak melibatkan bencana akan mengikut jadual asal manakala bagi negeri terjejas banjir dan PPS (sekolah-sekolah) masih belum menunjukkan penurunan sebelum 3 Januari nanti kami (KPM) akan bincang dengan NADMA bagi penanguhan pembukaan sekolah serta tujuan pelan alternatif.

Sehingga kini sebanyak 241 buah sekolah masih dijadikan PPS di seluruh negara kerana bencana banjir dan kita di KPM juga ada bilik gerakan khas yang memantau dan membuat tinjuan setiap hari berhubung isu-isu banjir membabitkan PPS, murid serta guru-guru," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad