web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Terima Kasih Hannah Yeoh, Selamat Maju Jaya’ - KJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 11:39AM

Gambar Twitter Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan perkongsian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung pertemuan mereka semalam, mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut mengulas perkara sama di Twitter beliau malam tadi.

Menerusi perkongsian gambar beliau dan Hannah duduk bersama dipercayai di sebuah kafe itu, Khairy yang pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan selama lima tahun bermula 2013, turut mendoakan pemimpin wanita terbabit berjaya mengemudi kementerian berkenaan.

Khairy turut memaklumkan bahawa pertemuan itu diadakan selepas Hannah menjemput beliau untuk berkongsi pandangan mengenai aspek belia dan sukan.

“Terima kasih, Menteri @hannahyeoh atas jemputan untuk berkongsi pandangan berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.

“Selamat maju jaya di @KBSMalaysia!,” katanya menerusi ciapan di status berkenaan.

Semalam, Hannah berkongsi sekeping gambar di Instagram memaparkan pertemuannya bersama Khairy yang menarik perhatian serta menjadi bualan warga maya.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, pertemuan berkenaan adalah bagi beliau mendengar idea, pandangan serta pengalaman Khairy dalam mentadbir Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Terima kasih kerana meluangkan masa. Saya percaya kepada kepimpinan inklusif, terutamanya untuk portfolio seperti belia dan sukan,” katanya menerusi keterangan di gambar itu.

Sama seperti respon diterima Hannah selepas memaklumkan mengenai pertemuan itu, perkongsi KJ turut menerima maklum balas positif apabila rata-rata netizen menyambut baik dan memuji sikap kedua-dua pemimpin muda terbabit untuk ‘duduk semeja’, walau berbeza parti serta ideologi politik.

“Kesediaan ahli politik kerajaan untuk duduk bersama-sama dengan ahli politik pembangkang untuk berbincang tentang kebaikan negara patut dipuji, bukannya dikeji,” ciap @politik_matang.

“Macam ni lah bagus, duduk satu meja berkongsi idea dan cadangan, tak kisah fahaman politik, janji kerja jalan dan mendatangkan keuntungan pada rakyat dan negara, guna mandat rakyat sebaiknya, rakyat always (sentiasa) memerhati siapa buat kerja or (atau) tidak, thanks both of you (terima kasih untuk kedua-dua anda, RESPECT (respek),” kata @mdzulfazli8993.

“Ini satu perkara yang baik, saling berkongsi pengalaman dan pengetahuan, semua mendapat manfaat,” komen @Canney43375811.

Sementara itu, ada segelintir netizen seolah-olah teruja melihat kelihat Khairy yang semakin jarang tampil di media sosial untuk berkongsi perkembangannya.

Ada juga melahirkan kerinduan kepada Khairy dan menganggap beliau sepatutnya dilantik dalam Kabinet ekoran pencapaian membanggakan dipamernya ketika menerajui beberapa kementerian, termasuk Kementeri Kesihatan (KKM).

Malah ada yang berharap satu hari nanti Khairy akan ‘kembali’ mewarnai politik negara selepas mengambil keputusan berehat seketika pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Rindu KJ (Khairy Jamaluddin),” tulis seorang pengguna.

“Anda sepatutnya dilantik sebagai senator dan berada dalam Kabinet. Selamat maju jaya dalam usaha dilakukan pada masa depan KJ (Khairy Jamaluddin). Berharap anda membawa Malaysia kembali ke zaman kegemilangan daripada pelbagai aspek suatu hari nanti. Bakal Perdana Menteri,” ujar @RSasi5.

“Ia seolah-olah ‘pelik’ apabila anda tidak berada dalam Kabinet. Berharap anda boleh menjadi Menteri Pendidikan nanti,” respon @xian07jc. – Getaran, 24 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam