web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Cari Restoran Tular ‘Tikus Makan Ayam Goreng’, Netizen Loya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 6:49AM

Rakaman jijik dan memualkan seorang pengunjung di sebuah restoran. - Gambar tangkap layar Instagram zoeyhanafiah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jijik dan memualkan.

Itu perasaan ketika melihat video dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitter @KKMPutrajaya yang memaparkan seekor tikus di tempat meletakkan ayam goreng di sebuah premis makanan dipercayai ‘restoran mamak’.

Menerusi video berdurasi 17 saat berkenaan, jelas kelihatan tikus itu ‘mencium’ dan berjalan di atas beberapa ketul ayam goreng.

Video itu awalnya dimuat naik seorang pengguna Twitter, @zoeyhanafiah semalam selepas dia ke restoran berkenaan untuk makan.

“Depan mata sendiri. No more (tidak akan lagi) makan (di) mamak, janji,” ciapnya menerusi gambar berkenaan.

Justeru, KKM meminta mana-mana individu yang mengetahui mengenai restoran itu, tampil memberi maklumat bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera,” menurut KKM.

Perkongsian dimuat naik kementerian terbabit sejak tengah hari semalam itu, memperoleh 2 juta tontonan, 15,800 tanda suka dan 11,600 ulang ciap setakat jam 1.35 pagi tadi.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, ramai netizen menyifatkan isu kebersihan premis dan makanan di restoran mamak, bukan perkara baru.

Mereka turut berkongsi pengalaman melihat tikus di kawasan restoran, termasuk sekitar longkang namun video dikongsikan KKM itu benar-benar menggelikan dan ‘melampau’.

“OMG (Oh My God), pengsan,” ciap Ivan dengan meletakkan emoji terkejut dan muntah.

“Bukan nak berlagaklah, sebab tu saya tak boleh terima makan kat kedai mamak ni, bab hygine (kebersihan) memang out (teruk), tapi bukan semua ada yang okay,” komen Nor.

“Ini tidak boleh diterima sama sekali, pihak berkuasa kesihatan Putrajaya kita perlu melihat isu keselamatan makanan di premis makanan,” respon seorang pengguna.

“Arah tutup terus sebulan, baru dia (pengusaha restoran) ada akal,” kata Hiqwan.

“Macam mana boleh masuk sampai kat dalam tu, ada orang tak perasan ke?,” tulis Zaimi.

Manakala, ada netizen berpendapat premis makanan, termasuk restoran mamak tidak sewajarnya beroperasi 24 jam kerana ia menyukarkan proses membersih.

“Rasanya mana-mana premis makanan tidak sepatutnya beroperasi 24 jam. Masa bila mereka buat kerja pembersihan kalau dah operasi tanpa henti. (Jam) 8 pagi hingga 10 malam rasanya sudah memadai. Makan lewat malam pun tak bagus untuk kesihatan. Mohon dipertimbangkan,” kata Dodoi dengan membuat pautan ke akaun Perdana Menteri, @AnwarIbrahim dan Menteri Kesihatan, @Zaliha_DrZ.

“Buka 24 jam 365 hari tanpa masa cuci dan pembersihan, patut kena bersihkan setiap hari,” ujar Zhu.

Pada masa sama, ada netizen mencadangkan supaya penguatkuasaan terhadap pengusaha dan pengendali premis makanan diperketatkan.

“Masukkan syarat wajib sebelum lesen meniaga boleh diperbaharui, terutama bidang food and bavarage (makanan) dan minuman ni, perlu kelulusan KKM dan semua perlu status A,” tegas Xwawe.

“Perlu ditingkatkan penguatkuasaan. Dan jadikan ia peraturan supaya  tidak ada makanan, terutama nasi campur, nasi pandang, nasi kandar dibiarkan terdedah,” ujar Loh. – Getaran, 24 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar