web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadi Pengguna Bijak, Beli Produk Murah Untuk ‘Paksa’ Peniaga Turun Harga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 9:21PM

Rafizi berkata terdapat banyak alternatif boleh dipilih pengguna untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Makanan dan minuman akan terus dijual kepada pengguna pada kadar lebih tinggi, selagi mereka terus menyokong perniagaan yang menetapkan harga berlebihan untuk produk dijual.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, keadaan pengguna yang ‘tidak kisah’ itu menunjukkan mereka seolah-olah memberi peluang kepada peniaga menaikan harga produk kerana ia tetap dibeli.

“Hanya jika terdapat pengurangan dalam permintaan, pengusaha perniagaan akan mengawal harga mereka.

“Jika permintaan berkurangan tidak berlaku, maka anda tidak boleh menyalahkan mereka (peniaga) kerana mengenakan caj tambahan kepada pengguna,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu menasihatkan pengguna supaya lebih mengambil tahu soal harga ketika membuat pembelian.

Rafizi Ramli - Gambar fail
Rafizi Ramli - Gambar fail

Beliau berkata, walaupun kementeriannya akan menjalankan peranan untuk menguruskan kadar inflasi, rakyat perlu memilih barangan lebih murah sebagai memberi isyarat kepada peniaga.

“Saya tidak mengatakan anda harus memboikot penjual (yang rata-rata menjual produk mereka pada harga lebih tinggi), tetapi terdapat banyak alternatif boleh dipilih pengguna.

“Saya sendiri tidak membeli kopi mahal. Bagi saya, RM3 untuk satu minuman kopi sudah dianggap mahal,” katanya.

Mengakui ekonomi adalah perkara kompleks, beliau berkata, kementeriannya akan memberi tumpuan ke arah ketelusan harga mampu milik, dengan membangunkan ekosistem berdasarkan kos produk makanan dan minuman di seluruh negara.

“(Sekiranya ekosistem itu direalisasikan), maka tabiat membeli akan dipengaruhi harga yang berpatutan dan penguasaha perniagaan akan sedar bahawa jika mereka menaikkan harga, mereka akan kehilangan pelanggan.

“Cara paling mampan untuk menentukan harga adalah dengan menyuntik keanjalan (dalam penawaran dan permintaan) melalui persaingan lebih baik, (akan berlaku dengan) orang yang mempunyai akses lebih baik kepada maklumat harga.

“Sewajarnya, jika harga ayam sudah terlalu mahal, kita tidak membelinya,” katanya.

Terdahulu, Rafizi mengumumkan, kadar inflasi negara bagi November kekal tinggi pada empat peratus, sama seperti Oktober yang banyak dipengaruhi kategori perbelanjaan makanan dan minuman bukan alkohol.

Kategori itu merekodkan 29.5 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan isi rumah yang menentukan indeks harga pengguna, dengan 11.5 peratus dibelanjakan untuk makan di luar.

Rafizi juga berkata, walaupun orang ramai enggan menerima bahawa tabiat berbelanja mereka menyumbang kepada kadar inflasi, ia adalah realiti tidak boleh dinafikan yang mesti diterima bagi kebaikan ekonomi.

“Orang ramai tidak suka diberitahu bahawa hakikatnya mereka mempunyai tabiat berbelanja kerana mereka menganggap masih mampu (barangan pada kos semasa).

“Bagaimanapun, secara hipotesis dari perspektif ekonomi, jika permintaan tidak turun, itu bermakna harga masih okey,” katanya.

Jelasnya, walaupun menteri sebelum ini mengelak menjawab soalan mengenai kos barangan, kini beliau sanggup berbuat demikian kerana rakyat perlu terlibat dalam usaha ‘kolektif’ bagi memastikan kadar inflasi yang mampan. – The Vibes, 23 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad