Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bercuti Luar Negara Ketika Banjir Teruk: ‘Saya Minta Maaf’ - MB Terengganu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 7:08PM

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengemukakan permohonan maaf, susulan ketiadaan beliau di negeri berkenaan ketika ia dilanda banjir besar sejak minggu lalu.

Naib Presiden PAS itu mengakui, tiada alasan untuk beliau berada di luar negara, sedangkan banjir teruk melanda Terengganu, namun keputusan ke sana dibuat selepas melihat keadaan bah semakin pulih minggu lalu.

Katanya, ketika banjir kembali teruk antara 18 dan 21 Disember lalu, beliau sudah berada di luar negara.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat bersama-sama mangsa banjir pada 18 hingga 21 Disember.

“Memandangkan saya tidak dapat bersama mereka dalam tempoh kemuncak ini, saya ingin mengucapkan jutaan maaf kepada mangsa dan rakyat Terengganu atas apa yang berlaku. Saya faham bahawa saya tidak boleh memberi sebarang alasan dan pastinya saya tidak boleh membetulkan keadaan.

“Saya juga faham apa sahaja penjelasan saya berikan, tiada maknanya. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa saya sentiasa memantau keadaan banjir dan hanya mengambil keputusan untuk ke luar negara selepas banjir surut, namun kemuncaknya hanya berlaku kemudian dari 18 hingga 21 Disember.

 “Malangnya, pada masa itu, saya berada di luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pengurusan bencana hari ini.

Ahmad Samsuri dikritik susulan berada di New Zealand ketika banjir teruk melanda Terengganu. - Gambar fail
Ahmad Samsuri dikritik susulan berada di New Zealand ketika banjir teruk melanda Terengganu. - Gambar fail

Ahmad Samsuri berkata, banjir di Terengganu berlaku membabitkan dua gelombang, iaitu pertama antara 8 hingga 17 Disember, namun semakin pulih sejak 13 Disember.

Jelasnya, gelombang kedua menyaksikan banjir lebih besar pada 18 Disember dan kemuncaknya adalah pada tiga hari kemudian dengan jumlah mangsa dipindahkan seramai 41,021 orang.

Beliau berkata, pada jam 8 pagi ini, seramai 25,895 mangsa masih ditempatkan di 181 PPS, sementara paras air sungai semakin menurun.

Sebelum ini, Ahmad Samsuri dikritik susulan berada di New Zealand ketika banjir teruk melanda Terengganu.

Beliau pulang ke tanah air pada Rabu lalu ketika orang awam marah dengan tindakannya.

Selain itu, walaupun tidak berada di Malaysia, Ahmad Samsuri menjelaskan, beliau sentiasa berhubung dengan semua agensi terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir.

“Apa jua keputusan yang tidak memerlukan persetujuan saya sebagai Menteri Besar dilaksanakan ketua agensi berkaitan, manakala keputusan memerlukan kelulusan saya juga dilaksanakan selepas saya menghubungi Ahli Jawatankuasa Bencana Negeri,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Samsuri turut mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa banjir atas sebarang kelemahan kerajaan, sambil berkata bencana itu pada tahun ini lebih teruk daripada jangkaan.

“Kami akui ada kelemahan di sana sini dalam pengurusan kami. Kami bersedia dan perbincangan mengenai persiapan sudah dibuat lebih awal, berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, cuaca ekstrem dan hujan jauh lebih lebat daripada jangkaan serta perancangan awal kami.

 “Pastinya ada mangsa menerima bantuan makanan lewat, memandangkan pusat pemindahan tertentu terpaksa ditutup dan dipindahkan ke lokasi baharu, berikutan keadaan tidak mengizinkan. Apa pun kekurangan, sekiranya ia disebabkan kelemahan kita, saya mohon maaf dan berjanji menambahbaik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Samsuri mengumumkan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah terjejas banjir, manakala RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa terkorban dalam bencana itu.

Ujarnya, bantuan kewangan susulan untuk membantu membaiki rumah rosak atau membina semula kediaman baharu akan dilakukan kemudian, selepas negeri mengumpulkan butiran penuh mengenai kos dijangkakan.  - Getaran, 23 Disember 2022

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Semasa 1 hari yang lalu

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Semasa 9 jam yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta