web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dikunjungi PM, Pemilik Sup Meletup Rasa Macam Menang Piala Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 8:22PM

Anwar bersalaman dengan pemilik gerai Sup Meletup, Zolkhoari Abdul Aziz (kanan) selepas menikmati makan tengah hari bersama pengunjung di gerai sup itu di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Rasa macam menang Piala Dunia," itu reaksi pemilik gerai Sup Meletup, Zolkhoari Abdul Aziz apabila premisnya di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini dikunjungi Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah menjamu selera di gerai yang terkenal dengan pelbagai jenis hidangan sup itu sebelum bergerak ke Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak untuk menunaikan solat Jumaat.

Zolkhoari, 50, berkata berita mengenai kehadiran Perdana Menteri ke gerainya telah dimaklumkan oleh seorang pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lepas dan sejak itu, perasaannya sentiasa berdebar.

"Sejak mula berniaga pada 2002, kami tidak pernah membayangkan seorang yang bergelar pemimpin nombor satu negara akan singgah dan menikmati 'air tangan kami'.

"Apabila nampak sahaja Datuk Seri Anwar turun dari kereta dan berjalan masuk ke gerai kami, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya…rasanya macam menang Piala Dunia," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Perdana Menteri beredar.

Zolkhoari berkata bagi memastikan kelancaran operasi gerainya ketika kunjungan Perdana Menteri, beliau telah meminta bantuan 10 pekerja daripada dua lagi premis miliknya di tempat lain untuk membantu 10 orang pekerja sedia ada.

"Saya cukup tersentuh dan bangga melihat Perdana Menteri berselera menghabiskan bihun sup yang dihidangkan selain turut merasai keenakan sata dan juga sate yang merupakan antara killer menu gerai kami," katanya.

Dalam pada itu, Zolkhoari yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, berkata pada kesempatan itu beliau turut mengemukakan permohonan kepada Anwar untuk meluaskan tempat parkir kenderaan serta menambah bumbung pada ruang terbuka di hadapan premis yang beroperasi di medan selera tersebut.

Beliau berkata jumlah 34 parkir sedia ada tidak mencukupi bagi menampung kehadiran pelanggan, khususnya ketika waktu puncak memandangkan terdapat 30 premis perniagaan yang beroperasi di situ.

Alhamdulillah, Perdana Menteri mendengar permasalahan yang saya bangkitkan dan akan memanjangkan permohonan kami kepada pihak berwajib, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad