web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Kenal Pasti Kawasan Pedalaman, Pulau-Pulau Yang Kurang Liputan Komunikasi

Semasa · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 4:13PM

Teo Nie Ching berkata menjadi fokus kerajaan terutamanya KKD dalam memastikan perkhidmatan komunikasi sentiasa dalam keadaan baik apabila berlaku sesuatu bencana - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengenal pasti kawasan yang mempunyai capaian rangkaian komunikasi yang kurang atau tidak mempunyai liputan terutama di pedalaman dan pulau-pulau bagi memastikan perkhidmatan itu dapat disediakan dengan seberapa segera.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata beliau akan meminta agensi berkaitan mengenal pasti sekali gus menyediakan senarai tersebut secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

"Saya akan minta satu senarai untuk mengenal pasti mana-mana kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang masih tiada perkhidmatan telefon ataupun rangkaian itu supaya kita boleh bincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagaimana kita boleh mempercepatkan untuk membekalkan perkhidmatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana di pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru, di sini, hari ini.

Beliau berkata menjadi fokus kerajaan terutamanya KKD dalam memastikan perkhidmatan komunikasi sentiasa dalam keadaan baik, tidak terganggu atau terputus terutama apabila berlaku sesuatu bencana.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian ketika ditanya mengenai sesetengah kawasan hotspot banjir di kawasan pedalaman seperti perkampungan orang Asli di Mersing yang masih dilihat kurang liputan komunikasi.

Ketika ditanya sama ada kementerian menerima laporan mengenai kejadian komunikasi terputus di Terengganu dan Kelantan yang kini terjejas teruk akibat banjir, beliau berkata tiada laporan diterima setakat ini, namun syarikat-syarikat telekomunikasi telah diminta untuk bersiap siaga.

"Di kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) keadaan masih terkawal.Setakat ini, kita tidak terima apa-apa laporan (mengenai gangguan telekomunikasi). Kalau ada laporan dan keperluan, silalah hantar laporan kepada KKD dan kita akan meneliti keperluan tersebut," kata beliau.

Beliau berkata syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan menyediakan set penjana elektrik sekiranya terdapat gangguan elektrik bagi memastikan menara telekomunikasi masih dapat beroperasi selain meletakkan rangkaian mudah alih di PPS yang padat.

Selain itu, KKD akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan bahawa amaran itu dapat dihantar ke pengguna yang berada di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti dalam masa singkat selain menerusi televisyen dan radio.

"Jadi persiapan di peringkat KKD telahpun ada pelbagai perbincangan dan saya harap kita boleh pastikan bahawa amaran itu boleh sampai kepada komuniti dalam masa yang paling singkat dan dalam masa yang sama, perkhidmatan komunikasi tidak terganggu apabila berlaku bencana yang besar," kata Teo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 2 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad