web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Meningkat, Terengganu Dan Kelantan Terus Menurun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 7:00AM

Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat manakala di Terengganu dan Kelantan terus menurun sementara Pahang dan Johor tidak berubah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat manakala di Terengganu dan Kelantan terus menurun sementara di Pahang dan Johor tidak berubah setakat malam tadi.

Di PERAK, mangsa banjir di Bagan Datuk dan Hilir Perak meningkat kepada 41 orang daripada 15 keluarga berbanding 26 orang daripada 12 keluarga petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) dibuka pada 7 malam ini  bagi menempatkan 15 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Batu 7 Changkat Jong, Hilir Perak.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk pula masih kekal menempatkan 26 orang daripada 12 keluarga manakala paras air Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak turut meningkat melepasi paras amaran iaitu 3.27 meter ketika ini dan hujan di kebanyakan kawasan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS terus menunjukkan penurunan angka kepada 27,396 orang berbanding 33,942 orang pada petang semalam.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 7,257 keluarga masih berlindung di 192 PPS di kesemua lapan daerah membabitkan Kemaman, Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu serta Marang.

Di KELANTAN, seramai 24,690 orang mangsa banjir daripada 7,709 keluarga berlindung di 75 PPS malam ini, berbanding 25,755 orang daripada 8,015 keluarga petang semalam.

JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS di sembilan jajahan membabitkan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu, Bachok, dan Tumpat, Jeli dan Machang.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan mangsa banjir malam tadi masih kekal seperti petang semalam iaitu 23 orang daripada enam  keluarga yang ditempatkan di PPS SK Sungai Ular.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air Sungai Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran serta Paloh Hinai, Pekan sudah melepasi tahap amaran.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di dua PPS di Segamat kekal  46 orang sama seperti dicatatkan petang semalam.

Menurut JPBN dalam kenyataan, seramai 34 orang masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 12 mangsa yang lain di Dewan Komuniti Kampung Tasek.

"Kesemua mangsa daripada 14 keluarga itu adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Segamat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar