web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Sungai Di Kelantan, Terengganu Masih Melebihi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 1:21PM

Lapan sungai utama di Pantai Timur menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya dengan 10 lagi masih berada pada paras amaran. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan sungai utama di Pantai Timur menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya dengan 10 lagi masih berada pada paras amaran.

Lima daripada sungan itu terletak di Kelantan manakala bakinya di Terengganu.

Berdasarkan maklumat terkini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai di Kelantan iaitu Sungai Golok, Rantau Panjang dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah masih menunjukkan trend peningkatan walaupun sudah mencapai paras bahaya.

Sungai Golok, Rantau Panjang kini mencatatkan bacaan pada paras 10.34 meter iaitu melebihi 1.34 meter daripada paras bahaya.

Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah pula mencatatkan bacaan aras air setinggi 23.99 meter iaitu melebihi 0.49 meter daripada paras bahaya.

Tiga lagi sungai yang masih menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (36.44 meter); Sungai Kampung Jambu, Tumpat (3.8 meter) dan Rantau Panjang, Pasir Mas (10.31 meter).

Bagaimanapun ketiga-tiga sungai tersebut kini menunjukkan trend menurun setakat jam 12 tengah hari ini.

Sementara itu, di Terengganu tiga sungai utama masih mencatatkan bacaan pada paras bahaya iaitu membabitkan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun (12.71 meter); Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman (4.73 meter) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (4.4 meter).

Dalam perkembangan berkaitan, JPS mengeluarkan amaran banjir di Terengganu membabitkan kawasan sekitar Sungai Dungun di daerah Dungun bermula Sabtu ini jam 10 malam.

“Susulan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 3 petang semalam, dan hasil simulasi model ramalan banjir, JPS Malaysia meramalkan kejadian banjir boleh berlaku di lokasi dan waktu seperti berikut sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Terengganu.

“Bermula 24 Disember (Sabtu) mulai iam 10 malam banjir dijangka boleh berlaku di Kampung Sungai Buaya dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Setakat jam 6 pagi tadi, Terengganu mengalami banjir terburuk untuk tahun ini apabila seramai 35,961 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri namun jumlah tersebut berkurang berbanding semalam yang mencatatkan lebih 40,000 mangsa. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar