web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelombang Banjir: Kementerian Pertahanan Diminta Mobilasi Trak ATM Esok Ke Terengganu - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 1:10PM

Langkah itu penting bagi memastikan bekalan makanan, barangan keperluan asas dan pengangkutan seperti bot adalah mencukupi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Kementerian Pertahanan diminta memobilisasikan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bekalan makanan dan keperluan asas ke Terengganu esok sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting bagi memastikan bekalan makanan, barangan keperluan asas dan pengangkutan seperti bot adalah mencukupi.

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah kesiapsiagaan yang optimum di samping mengkoordinasi semua agensi dan badan kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Bukit Mentok di sini hari ini.

Turut menyertai tinjauan timbalan perdana menteri adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Dr Ahmad Said, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Ahmad Zahid berkata selain itu, koordinasi bersama Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan bagi pemantauan penyakit semasa banjir dan pascabanjir.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat berkata setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah di lapan daerah di Terengganu telah diminta supaya mengingatkan penduduk agar segera berpindah apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Kelab Putra Malaysia di bawah Biro Kebajikan UMNO juga telah menghantar tiga treler yang membawa bantuan makanan bernilai RM180,000 ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kemaman hari ini. 

“Kita libatkan Biro Kebajikan UMNO kerana kita faham tentang masalah kekurangan kakitangan agensi kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu hari ini memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 36,009 orang pada 12 tengah malam tadi kepada 36,231 orang pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar