web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Pernah Kata Tiada Lantikan Politik Dalam GLC, Nantikannya - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 2:19PM

Anwar Ibrahim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beberapa pelantikan politik akan dibuat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sekali gus menolak cadangan bahawa beliau secara terang-terangan menentang idea itu.

Bercakap di sebuah sidang media, beliau berkata ada kekeliruan yang timbul tentang pendiriannya berhubung hal itu dan menjelaskan bahawa pelantikan sebaliknya akan dibuat berdasarkan kelayakan seseorang itu dalam bidang berkaitan.

“Saya tidak pernah kata individu yang terlibat dalam politik tidak boleh menyertai pihak pengurusan GLC. Tetapi mereka patut terikat dengan syarat-syarat khas dan mempunyai kelayakan yang sepatutnya dalam bidang yang relevan. 

“Ada kemungkinan beberapa ahli politik atau ahli parlimen akan dihantar (ke GLC), tetapi kami akan sediakan garis panduan mengenai tahap keupayaan profesional seseorang individu, prestasi lampaunya dan pematuhan peraturan tadbir urus."

Anwar berkata demikian dalam sebuah sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut ditanya sama ada kerajaan akan memperkenalkan garis panduan pelantikan politik dalam GLC dan badan berkanun persekutuan lain.

Komen beliau dibuat hanya seminggu selepas perkhidmatan semua pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC, badan berkanun dan firma Kementerian Kewangan (Diperbadankan) yang dilantik secara politik ditamatkan serta-merta.

Anwar berkata bahawa keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka adalah bagi menyediakan ruang  pentadbiran untuk menilai prestasi mereka dan memastikan pelantikan dibuat mengikut garis panduan kerajaan.

Tambahnya, terdapat kelewatan dalam mengumumkan garis panduan baharu itu kerana ada isu tertentu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Sebagai contoh, terdapat sebuah syarikat yang sedang mengalami tekanan kewangan, walaupun anak syarikatnya telah mencatatkan keuntungan yang besar dan berhasrat untuk mengumumkan bonus yang besar. Ini adalah antara isu yang perlu diselesaikan dalam peraturan dan garis panduan."

Mengenai pelantikan semula bekas Ahli Parlimen UMNO Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi FELCRA, Anwar menjelaskan hari ini bahawa ia telah ditangguhkan dan perkara itu telah disampaikan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden UMNO.

“Pelantikan itu telah ditangguhkan,” jelas Anwar.

Jumaat lalu, Zahid telah mengumumkan pelantikan semula Jazlan sambil berkata keputusan itu mengambil kira kehendak peneroka FELCRA.

Beliau berkata walaupun Kabinet sebelum ini memutuskan untuk menamatkan kontrak lantikan politik, beliau percaya Jazlan harus terus berkhidmat dalam FELCRA.

Berita itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap keputusan kerajaan pimpinan Anwar. - The Vibes, 21 Disember 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar