web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Mayat Mangsa Ke-26 Ditemui, 7 Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 12:03PM

Pasukan SAR operasi tanah runtuh berjaya menemui mangsa yang ke-26 pada jam 11:16 pagi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor menemui satu lagi mayat mangsat insiden terbabit, iaitu seorang lelaki dewasa pada jam 11.16 pagi ini.

Mangsa ke-26 itu ditemui kira-kira 12 jam selepas pasukan terbabit menjumpai mayat sebelumnya, iaitu kanak-kanak perempuan di sektor C tapak perkhemahan berkenaan.

“Pasukan SAR operasi tanah runtuh berjaya menemui mangsa yang ke-26 pada jam 11:16 pagi, iaitu seorang lelaki dewasa di sektor B,” katanya.

Menerusi hantaran sama, JBPM mengemas kini maklumat setakat jam 11.50 pagi, membabitkan 94 mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

“(Seramai) 61 orang selamat dan cedera. Manakala, 25 meninggal dunia, iaitu lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan serta wanita dewasa (13) dan lelaki dewasa (4).

“Pencarian masih berjalan atas pencarian tujuh mangsa yang tidak ditemui lagi,” katanya.

Terdahulu, operasi SAR itu diteruskan pagi ini selepas ditangguhkan pada jam 12 tengah malam tadi.

Operasi dipergiatkan dengan anggota pasukan ‘sweeper’ ditingkatkan empat kali ganda kepada 28 orang, berbanding hanya tujuh orang, kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Md Ismail berkata, selain sektor C, pihaknya mengulangi pencarian di sektor A (Hill View) dan B (Farm View) bagi mengesan mangsa.

Jelasnya, anggota penyelamat juga terus bersemangat dan tidak berputus asa dalam menjalankan tugas pencarian, meskipun terdapat tiga pegawai serta anggota menerima rawatan selepas kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan.

Malah, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, ada antara anggota penyelamat yang enggan keluar dari lokasi pencarian bagi mengesan baki mangsa masih hilang, walaupun dibenarkan untuk berehat.

Komitmen ditunjukkan anggota SAR itu turut mendapat perhatian Istana Selangor, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin kelmarin, menzahirkan penghargaan kepada mereka.

Kejadian pada Jumaat lalu itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). – Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad