web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Dakwa Ajaran Sesat Millah Abraham Kembali Aktif, JAKIM Minta Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memohon kerjasama jabatan agama Islam negeri berkaitan isu ajaran Millah Abraham @ Ibrahim untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan bersesuaian, selaras dengan keputusan hukum sedia ada.

Menurut kenyataan JAKIM, pihaknya mengambil maklum berkaitan paparan video tular di media sosial mengenai seorang lelaki meminta pihak berkuasa agama Islam untuk menyiasat ajaran berkenaan.

“Dimaklumkan, Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) Kali Ke-109 yang bersidang pada 18 -19 Oktober 2016, memutuskan pandangan hukum bahawa Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah serta akhlak.

“JAKIM akan memohon kerjasama jabatan agama Islam negeri untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan bersesuaian, selaras dengan keputusan hukum,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pada masa sama, JAKIM meminta masyarakat Islam agar menjauhi ajaran Millah Abraham @ Ibrahim dan mereka dilarang berpegang serta beramal dengannya.

“Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini, hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT,” katanya.

Semalam, media melaporkan kumpulan ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lepas, kini dipercayai kembali aktif.

Ia susulan beberapa pengikut termasuk seorang selebriti lelaki mendedahkan pernah terjebak dengan kumpulan itu.

Pada masa sama, Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri berkenaan.

Katanya, antara ajaran itu adalah Millah Abraham @ Ibrahim, Al-Arqam @ Rufaqa’, Qadiani @ Ahmadiah dan fahaman Syiah.

Orang ramai yang curiga atau keliru mengenai sesuatu ajaran, tegasnya, perlu segera merujuk kepada MAIS dan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk tindakan lanjut.

Abdul Aziz berkata, orang ramai juga boleh merujuk kepada 97 PIBK yang berdaftar di bawah MAIS jika mempunyai kesangsian mengenai mana-mana ajaran.

Menurutnya, mana-mana pihak mengetahui atau mendapat makluman mengenai ajaran itu yang dibuat secara rahsia, sulit serta di tempat sukar dihubungi, kebiasaannya ia adalah ajaran sesat.

Sementara itu, maklumat diperoleh Getaran daripada laman sesawang Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan menjelaskan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 1/2017-1438H yang bersidang pada 15 Februari 2017, bersetuju menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-109 berkenaan Millah Abraham @ Ibrahim dengan beberapa sighah bahawa ajaran itu adalah sesat.

Ia termasuk keputusan bahawa ajaran Millah Abraham @ Ibrahim mengandungi pembawaan ajaran Islam baharu, mendakwa wujud rasul selepas Nabi Muhammad serta mencampuradukkan ajaran dalam al-Quran, Bible dan Taurat (Perjanjian Lama).

Malah, sighah itu turut membabitkan tindakan ajaran berkenaan yang menyelewengkan konsep Sirotol Mustaqim dan penyelewengan terhadap konsep hari Kiamat.

Sighah itu juga mencakupi tindakan ajaran terbabit menyelewengkan pemahaman Darussalam atau Syurga serta mengingkari kefardhuan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Ekoran keputusan itu, Muzakarah memutuskan bahawa ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim melalui apa jua medium, hendaklah disekat, dihenti serta diharamkan dengan serta-merta. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

4

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar