web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Impian PM Anwar Lawat Bumi Palestin Yang Bebas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 7:06AM

Anwar berbual dengan Mahmoud menerusi panggilan telefon semalam. - Tangkapan layar dari video di Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan impiannya untuk melawat sebuah negara Palestin yang bebas.

Hasrat itu dikongsi oleh Anwar apabila dijemput sendiri oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melalui panggilan telefon bersama presiden itu yang menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Sudah pasti, saya menantikannya. Saya tidak pernah ke sana dan menjadi impian saya untuk ke sana dan khususnya ke negara Palestin yang bebas...insya-Allah,” katanya.

Video perbualan mereka dikongsikan di Facebooknya hari ini.

Mahmoud Abbas - Gambar fail AFP
Mahmoud Abbas - Gambar fail AFP

Dalam perbualan itu, Mahmoud, yang mempelawa Anwar melawat Palestin pada bila-bila masa, berkata negara itu berbesar hati untuk menerima kunjungan Perdana Menteri ke bumi mereka.

Semasa perbualan selama enam minit itu, Mahmoud turut menyatakan penghargaannya terhadap sokongan Anwar terhadap rakyat Palestin.

“Saya berterima kasih kepada pendirian anda dalam isu isu Palestin dan anda memberi sokongan kepada Palestin di mana saja khusus dalam komuniti antarabangsa. Kami mengagumi bantuan, pendidikan dan latihan daripada anda, “ kata Mahmoud.

Anwar dalam perbualan tersebut berkata Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin.

Mahmoud berkata  Palestin akan membuka semua pintu kerjasama perdagangan dan hubungan ekonomi dengan Malaysia.

Sementara itu, dalam catatan Facebooknya, Perdana Menteri berkata dalam perbualan telefon itu beliau dan Mahmoud mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan.

“Saya juga menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam