web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bomba Gerakkan Pasukan ‘Sweeper’ Cari Kemungkinan Mangsa Dibawa Arus Sungai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 8:04PM

JBPM menggerakkan pasukan ‘sweeper’ untuk mengesan kemungkinan baki sembilan mangsa tanah runtuh dibawa arus sungai ketika kejadian. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan pasukan ‘sweeper’ untuk mengesan kemungkinan baki sembilan mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya dibawa arus sungai ketika kejadian.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan tersebut adalah satu daripada usaha berterusan JBPM selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa berkenaan masih belum membuahkan hasil.

Menurutnya, pasukan yang terdiri daripada tiga anggota termasuk seorang pegawai itu digerakkan ke luar kawasan ‘ground zero’ untuk melihat kemungkinan lain yang berlaku terhadap mangsa.

“Antara lokasi pencarian adalah di kawasan luar selain ‘ground zero’ serta kawasan sungai, untuk melihat kemungkinan mangsa hanyut atau tersangkut di pokok ketika kejadian.

“Bagaimanapun, setakat ini pasukan tersebut tidak menemui sebarang petanda positif berhubung keberadaan mangsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Difahamkan, pasukan ‘sweeper’ JBPM itu melakukan pencarian bermula di sektor C iaitu sekitar kawasan riverside sepanjang tujuh kilometer sehingga ke Sungai Kedondong.

Pasukan terbabit digerakkan bermula jam 7 pagi hari ini sebelum keluar semula sekitar jam 5 petang tadi.

Dalam perkembangan berkaitan Hafisham berkata, operasi SAR pada hari keempat masih tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung lokasi sebenar sembilan lagi mangsa.

Menurutnya, pencarian sudah membabitkan keseluruhan kawasan bencana dengan menggunakan khidmat sembilan anjing pengesan (K9) dan 11 eskavator milik pelbagai agensi.

“Pencarian sudah meliputi keseluruhan kawasan malah usaha menggali tanah sudah pun dilakukan sehingga ke tanah asal tapak perkhemahan tersebut, namun tiada sebarang tanda berkaitan mangsa ditemui.

“Bagaimanapun, kita akan mempertingkat lagi usaha pencarian dari semasa ke semasa namun (ia juga) bergantung kepada keadaan cuaca.

“Jika hujan kita terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas Helikopter JBPM, 7 Individu Dalam Keadaan Stabil - CAAM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek