web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Sifatkan Banjir Di Tumpat Antara Terburuk Sejak 31 Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 4:34PM

Beberapa penduduk Kampung Wakaf Stan meredah banjir untuk berpindah ke PPS yang berhampiran setelah rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Banjir yang melanda jajahan Tumpat susulan hujan lebat yang  berterusan sejak Sabtu lepas, disifatkan penduduk antara yang terburuk sejak 31 tahun lalu, apabila paras air naik secara mendadak.

Penduduk Kampung Menjual, Nur Fatihah Abdul Rahim, 31, berkata beliau tidak menyangka hujan sejak dua hari lepas menyebabkan kediamannya dinaiki air melebihi satu meter.

"Kali terakhir 'banjir besar' berlaku di kampung berkenaan pada 2014 iaitu ketika ‘bah kuning’, namun hanya beberapa rumah sahaja terjejas terutamanya di kawasan yang rendah.

"Namun, kejadian banjir kali ini adalah yang terburuk sejak 31 tahun lalu kerana arus air agak deras sehingga rumah saya dinaiki air.

"Saya sekeluarga segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang pada 2 pagi semalam kerana tidak mahu perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk dari Kampung Berangan Hujung Nor Azuralizma Ibrahim @Salleh, 40, berkata beliau terkejut dan tidak menyangka air naik dengan begitu cepat dalam tempoh yang singkat.

"Pukul 11 malam semalam, saya lihat di luar kawasan rumah telah banjir sehingga mencecah bahu jalan raya, tetapi selang tiga jam kemudian perkarangan rumah saya sudah mencecah hingga paras dada.

“Saya serta suami Mohd Asri Awang, 52, terpaksa berpindah ke PPS Sekolah Berangan 1 dengan meredah banjir sejauh satu kilometer untuk ke PPS berkenaan bersama anak untuk menyelamatkan diri dan membawa bersama dokumen penting sahaja," katanya.

Setakat 1 tengah hari tadi, sebanyak 10 sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya membabitkan enam jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad